Teruja punya pasal, 'waiter' sampai gigil waktu hantar makanan di meja artis

Keterujaan seorang pelayan restoran undang lucu rakan artis dan kru apabila melihat tingkah lakunya sewaktu menghantar pesanan makan ke meja mereka.

Pelayan restoran gigil jumpa artis

'Moment' itu dapat dilihat menerusi perkongsian Zaki Azeman di laman Tiktok yang turut terhibur dengan gelagat pelayan itu apabila dia menggigil setibanya di meja.

 

 

Tidak berpuas hati, Zaki memanggil lagi pelayan yang sama untuk memesan sesuatu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka sambil reaksinya tersipu.

"Mungkin dia peminat setia"

Dalam pada itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan usikan dari peminat selain memuji perwatakan Zaki yang elok.

"Nervous sangat tu"

"Hang kacau dia ka"

Untuk makluman, artis yang dimaksudkan adalah Zaki Azeman dan Dayang Areeda. Mereka merupakan artis yang baru ingin menempa nama dalam industri seni tanah air.

Namun begitu, bakat lakonan kedua-duanya makin mendapat tempat di hati peminat dan menerusi perkembangan semasa karier mereka, kini Zaki dan Dayang akan bergandingan bersama dalam sebuah drama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen