Suami Neelofa, PU Riz jadi cikgu sementara sekolah menengah

Oleh: Zuzu Yasmine

Suami kepada usahawan dan pengacara terkenal Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya lengkap mengenakan kemaja dan berada di kawasan sekolah.

Difahamkan, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz memaklumkan bahawa dia ketika ini berperanan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling.

Memetik laporan Kosmo Online, suami kepada selebriti Neelofa itu mengakui gembira dan bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab murni tersebut.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya, ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas berkenaan turut menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada sekolah berkenaan bagi membantu proses pembelajaran pelajar tingkatan lima sekolah tersebut.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen