MUA tunjuk 'skill makeup', tapi 'babybump' Intan Ladyana jadi perhatian peminat

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular tentang video seorang jurumekap, Adek Wan yang memuat naik satu video yang merakam dirinya sedang menyolek pelakon Intan Ladyana.

Namun begitu, lain yang menangkap mata netizen iaitu 'babybump' Intan Ladyana yang kelihatan ketara sewaktu sedang duduk sampil disolek.

"Babybump ke tu" - Netizen

Video yang meraih 23.1 ribu tontonan itu menunjukkan penampilan Intan Ladyana yang tampak berisi. Malahan teka teki yang dibuat netizen mengenai Intan yang berbadan dua langsung tidak disangkal oleh pelakon tersebut.

"Murah rezeki dia..."

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang melihat video tersebut turut bersyukur dengan rezeki zuriat yang dikurniakan buat Intan. 

"Tahun ni nampak comel je, excited pulak!..."

Ada netizen yang perasan perubahan badan Intan dan menyatakan bahawa ianya comel. Hal ini kerana, sebelum ini mereka hanya melihat Intan yang kurus. Apabila Intan nampak sedikit berisi, netizen menjadi teruja.

"Perubahan muka dah tahu dah..."

Terdapat juga netizen yang berkata keadaan Intan yang berbadan dua dapat dilihat hanya dengan perubahan muka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen