Selesai terima vaksin dos ketiga, KJ kata tak jadi Zombi pun!

Bersesuaian dengan usaha kerajaan ketika ini yang sedang mempergiat pemberian vaksin dos ketiga kepada orang ramai, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga antara individu yang telahpun selesai menerima dos penggalak itu pada Jumaat.

Khairy Jamaluddin selesai terima dos ketiga

Perkongsian itu telah dimuat naik olehnya di Story IG beserta dengan tulisan yang memaklumkan bahawa jenis vaksin bagi dos ketiga yang diterima adalah Pfizer, walhal dia merupakan penerima Sinovac sebelum ini.

 

"Tak jadi zombi pun!"

Tambahnya, tiada kesan sampingan yang memudaratkan setakat ini seperti yang dibahaskan oleh orang ramai berhubung percampuran dua jenis vaksin itu.

"Saya menerima dos penggalak jenis Pfizer dan saya sebenarnya penerima Sinovac. Semuanya dalam keadaan baik. Saya tak jadi Zombi..."

-Khairy Jamaluddin-

Untuk makluman, pemberian dos penggalak telah bermula sejak 13 Oktober yang lalu menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer.

Namun, pemberian dos tersebut akan dimulai dengan petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan komorbid yang mana kesemua mereka ini mestilah telah lengkap dos vaksin Pfizer sekurang-kurangnya 6 bulan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen