"Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum..." -Ryzal 'sekolahkan' netizen tegur cara isteri berpantang

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru seminggu selebriti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ selamat melahirkan cahaya mata sulung nampaknya masih menjadi perhatian netizen.

Terbaru, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila netizen meminta isterinya mengamalkan cara berpantang mengikut kebiasaan masyarakat Melayu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ryzal memaklumkan bahawa isterinya yang juga seorang wanita warga Korea hanya menukar agamanya kepada Islam dan bukan menukar kaum (menjadi Melayu).

“Assalamualaikum. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti (amalkan).

“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya,” tulis Ryzal.

Menurut lelaki berkelahiran Kelantan itu, meskipun berbeza budaya, isterinya masih menjalani sesi berpantang selepas bersalin mengikut kaedah tradisional dan dipantau dengan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

“Maryam berpantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang.

“Semua itu sudah memadai bagi saya kerana dia sanggup ikut walaupun bukan budayanya,” kata Ryzal.

Dalam pada itu, Ryzal juga melahirkan rasa hairan sama ada budaya berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu itu perlu diamalkan juga oleh kaum lain yang beragama Islam walaupun berbeza budaya.

“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun dan Eropah kena ikut juga?

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baharu (mualaf),” jelasnya.

Sehubungan itu, Ryzal meminta orang ramai supaya tidak memberi tekanan kepasa isterinya memandangkan wanita itu perlukan rehat selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka.

“Jadi saya minta hajah, mak cik, kakak semua di sini (pengikutnya) supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih dan selamat malam,” kata Ryzal.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen turut bersetuju akan tindakan Ryzal yang ‘ menyekolahkan’ netizen yang memaksa Maryam mengikut adat orang Melayu.

Setuju cara Ryzal ni

Block je makcik bawang ni

Masuk Islam tak semestinya masuk Melayu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen