Suami sanggup patah balik kucup dahi isteri buat netizen terharu

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya ingin hidup bersama dalam menjalani kehidupan seharian. Jika berpisah walau sekejap pon pastinya akan berlaku drama air mata antara mereka.

Begitulah yang berlaku pada seorang wanita yang terpaksa ditinggalkan suaminya atas urusan kerja sebagai suami isteri.

"Back to LDR..."

Melalui video yang dimuat naik oleh @deikcomel di akaun Tiktoknya, menunjukkan momen suaminya yang mendakapnya sebelum masuk ke balai berlepas.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat suaminya yang berpatah balik untuk mencium dahi isterinya yang dianggap sangat romantik oleh netizen. 

"Dia patah balik tu yang buat nak teriak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu mereka kesan dari gelagat suami wanita tersebut yang berpatah balik.

"Forehead kisses means a lot to me..."

Ada juga netizen yang berkongsi rasa bahawa sememangnya kucupan di dahi sememangnya mengundang sebak.

"Jodoh dunia akhirat yang cantik"

Terdapat netizen yang turut mendoakan jodoh mereka berkekalan dunia dan akhirat.

"Patah balik sebab nak cium wife dia..."

Beberapa netizen turut meluahkan rasa terharu dan hampir menitiskan air mata kerana suami wanita tersebut berpatah balik untuk mengucup dahi isterinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen