Diam tak diam sudah tiga bulan pemergian Allahyarham Siti Sarah, pastinya sangat dirindui oleh keluarga dan para peminatnya penyanyi itu.
Menerusi satu perkongsian terbaru di laman Instagram di InstaStory Shuib memaparkan satu tulisan tangan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra yang meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.
“I miss you mummy...” tulisan yang ditulis di atas note.
Ketika Shuib bertanya akan perkara itu kepada anak perempuannya yang mesra dengan panggilan Talita, anaknya itu seolah-olah malu selain mengambil nota berkenaan untuk menyembunyikannya dan memaklumkan ‘tiada apa-apa’.
Untuk makluman, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan suami yang juga pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu selain empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
Diharapkan anak-anak Allahyarham terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Tinggalkan Komen