Selalu nampak auto lari, dua 'mat motor' bantu polis trafik raih pujian netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebiasaannya, ‘mat motor’ jika nampak pihak berkuasa seperti polis ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pasti sanggup patah balik kerana tidak mahu berselisihan dengan mereka.

Kadang tidak buat salah pun, namun bimbang sekiranya melakukan salah tanpa sedar membuatkan ramai yang memilih lari apabila melihat anggota keselamatan itu.

'Mat motor' pula tolak motor polis.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang mat motor membantu seorang anggota polis trafik yang mengalami kerosakan motorsikal.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @durianbrothers itu menunjukkan dua penunggang motorsikal saling bergilir menolak motosikal anggota tersebut dengan berhati-hati.

Video berdurasi 10 saat itu meraih pujian warganet yang rata-rata tindakan dua penunggang motorsikal berkenaan adalah satu contoh yang lain. Selain turut berseloroh bahawa tidak semua mat rempit itu terlihat tidak elok.

Tolong menolong amalan mulia

Bukan senang nak tolak motor brader tu

Yang sorang macam tak puas hati je

Abang polis tu mesti ingat jasa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen