Sempat mengadu kejang kaki sebelum rebah, lelaki maut ketika daki gunung

Seorang pendaki berusia 45 tahun temui ajal ketika dalam pendakian di Gunung Datuk pada Sabtu.

Mangsa bernama Mohd Azam Che Mat disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik sahaja dibawa turun ke kaki Gunung Datuk sekitar jam 2.20 petang.

Lelaku maut ketika daki Gunung Datuk

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Arif Ahmad Osasi, pasukannyaa menerima maklumat berkenaan pada pukul 9.28 pagi.

"Mangsa dilaporkan sudah tidak sedarkan diri kira-kira 300 meter dari puncak Gunung Datuk di mana mangsa bersama 18 ahli kumpulan yang lain sedang menuju ke Gunung Gagak.

"Pasukan penyelamat bersama sukarelawan kesuluruhannya seramai 30 orang bergilir-gilir mengusung mangsa turun dari puncak gunung."

-Mohd Arif-

Mangsa beks pesakit Covid-19

Bercerita lanjut tentang latar belakang mangsa, rakannya Zakaria Ayub berkata arwah aktif mendaki sejak lebih setahun lalu dan tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah seawal pendakian pada pukul 4 pagi.

"Mangsa merupakan bekas pesakit Covid-19 tahap 3, solat subu berjemaah di puncak Gunung Datuk bersama yang lain. Kami berehat lebih sejam sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Gagak."

"Lima minit selepas meneruskan perjalanan, mangsa mengadu kejang kaki dan kami berpatah balik ke arah mangsa. Bagaimanapun, mangsa sudah pun terbaring dan pengsan. Kami cuba bantu melalui tekanan dada, namun mangsa tidak beri sebarang reaksi."

-Zakaria Ayub-

Ucapan takziah dari rakan dan keluarga

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen