Suatu ketika dahulu, kemasukan warga asing ke Malaysia untuk bekerja amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila ada yang melepasi sempadan tanpa permit yang sah.
Situasi itu membuatkan segelintir pihak merasakan nasib dirinya tergugat apabila peluang pekerjaan dipelopori oleh individu bukan warganegara meskipun tahu niat baik mereka.
Sayu lihat rakyat Bangladesh
Walaubagaimanapun, selepas bertahun menunggu sempadan negara dibuka, kini tibalah masanya untuk warga asing ini pulang semula ke kampung halaman selepas bertahun mencari rezeki jauh di negara orang.
"Terima kasih berkhidmat di Malaysia"
Dalam perkongsian yang dimuat Niko di laman Tiktok menyaksikan sebahagian warga Bangladesh sudahpun bersiap di KLIA untuk berlepas pulang semula ke negara mereka.
Niko dalam entrinya turut berterima kasih atas khidmat bakti mereka selama ini yang bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga di kampung.
"Kesiannya terpaksa jauh dengan keluarga"
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan sayu terutamanya apabila mengenangkan nasib mereka sepanjang berada di Malaysia termasuklah pengorbanan rakyat itu yang sanggup berlapar untuk kumpul duit.
"Tanpa diaorang, saf masjid tak penuh"
"Diaorang memang baik"
Tinggalkan Komen