Selalu kena pukul sampai lebam badan, anak gembira lepas ayah masuk ICU

Penderaan ke atas kanak-kanak boleh menyebabkan mereka trauma dan terancam meskipun sudah berkurun ia berlaku.

Hal itu boleh melahirkan dendam malah, mungkin sukar untuk memaafkan pelaku walaupun mereka terdiri dari ahli keluarga sendiri.

Badan lebam kena dera

Namun, siapa sangka hal sama turut terjadi ke atas gadis ini apabila kisah hidupnya yang tragis menyebabkan dia membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

 

Bukan kerana ditinggal, malah kerana menjadi mangsa penderaan si ayah sehingga habis satu badannya terdapat kesan lebam dan perlu melalui beberapa proses rawatan di klinik.

Anak gembira ayah masuk ICU

Susulan peristiwa itu, tidak hairanlah jika dia meluahkan rasa gembira selepas ayahnya dikhabarkan sedang menjalani rawatan di ICU atas sebab yang tidak dinyatakan oleh si anak.

 

 

Walaubagaimanapun, perkongsian gadis itu menerima kecaman kerana boleh diklasifikasikan sebagai derhaka dan kejam kerana bahagia atas penderitaan seorang insan bergelar ayah.

 

"Tak boleh maafkan, rasanya sakit"

Namun, menurutnya tiada siapa yang faham situasi yang dialaminya sekarang dan tidak meminta pun untuk orang lain simpati, cukup dia maklumkan bahawa hatinya terlalu sakit selepas melalui kejadian pahit dalam hidupnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen