Anak yatim mengadu teringin 'giftbox', 'seller' beri sebagai sedekah tak sangka buat jualan meletop

Oleh: Shasha Zack

Sekiranya kita rajin bersedekah, sememangnya Allah telah menjanjikan rezeki yang berlipat kali ganda.

Begitu juga yang dialami oleh seorang pengguna TikTok yang mensedekahkan kotak hadiah yang dijualnya untuk seorang anak yatim.

"Mak ayah dah meninggal, tak pernah dapat giveaway kak..."

Nadia yang lebih mesra disapa Nad, merupakan usahawan yang membuat 'surprise box' telah mendapat komen dari netizen yang meminta giftbox seperti yang dijual olehnya.

Menurut komen tersebut, hari lahirnya bakal tiba dan telah meminta Nad untuk menghadiahkannya memandangkan tidak pernah merasai pengalaman menerima giftbox lebih-lebih lagi merupakan seorang anak yatim.

Sejak video tular, sale semakin mencanak naik

Menerusi Mstar, Nad telah menerima banyak tempahan sejak dari video pemberian giftboxnya yang tular itu. Dia juga berkata, pada waktu itu, dia masih belum menerima sebarang tempahan di Tiktok, namun sejak viral video berkenaan, tempahan untuk giftbox mencanak naik. 

"Masa tu saya masih baru dik Tiktok, takde satu order pon lagi. Alhamdulillah epas video tular rezeki datang mencurah-curah, orang tak berhenti whatsapp order giftbox"

"Ramai kejadian tu, ramai yang whatsapp mintak free..."

Bercakap kepada Mstar, Nad juga menceritakan sejak tularnya video itu, ramai juga yang mengambil kesempatan dengan whatsapp dan meminta giftbox secara free. Namun, Nad menjelaskan di komen video tersebut bahawa dia juga baru berniaga dan perlu menyara keluarga.

Namun, Nad juga menjelaskan dia menerima permintaan mereka sebagai satu doa untuk perniagaannya semakin berkembang dan kemudian mampu untuk membuat lebih banyak sedekah.

"Husband tak romantik tapi dia baik..."

menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan rezeki Nad dipermudahkan dan diperluaskan. Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman mengatakan dia juga tidak pernah mendapat sebarang kejutan dari suami. Namun masih bersyukur kerana suami baik.

"Takpernah dapat surprise, tapi buat surprise kat orang..."

Malahan ada juga netizen yang berkongsi cerita tidak pernah mendapat sebarang kejutan dari kenalan, namun dia yang seringkali mempersiapkan kejutan buat kenalannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen