10 Cara Halus Lelaki Kata, “I Love You”.

Lelaki dan wanita memiliki sifat yang ternyata berbeza. Perempuan lazimnya lebih bersifat jujur dan romantis apabila dikaitkan dengan bab cinta manakala lelaki pula agak suka memendam dan sukar untuk menyatakan perasaan sebenar pada kaum lawannya.



Bila mana mereka berdiam diri, ramai di antara kita jatuh buntu dan salah sangka menganggap pasangan tidak menyayangi kita kerana enggan bersikap romantis walhal hakikatnya memang sifat lelaki sudah dijadikan sebegitu rupa.

Ini kami rungkaikan 10 cara lelaki menyatakan “I Love You” secara halus pada wanita kesayangannya.

1. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Perasan Perubahan Kecil.

Tak kisahlah gaya lilitan tudung mahupun olesan warna di gincu bibir. Jika lelaki perasan perubahan-perubahan kecil yang ada pada diri kamu, itu sudah jelas menyatakan bahawa dia benar-benar sayangkan kamu walaupun tanpa ungkapan “I love you”.



2. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Kata “I CARE FOR YOU”.

Sudah pasti apabila lelaki yang menyintai wanitanya, akan sentiasa meyakinkan kamu bahawa dia sering mengambil berat tentangmu. Ungkapan “I care for you…” adalah pengganti paling tepat kepada ungkapan “I love you”.

3. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Hantar Foto Lucu Untuk Hiburkan Kamu.

Jelas sekali dalam zaman moden, Whatsapp, media sosial, email dan Skype umumnya merupakan medium utama untuk kita berhubung dengan pasangan. Oleh itu, jika ada masa lapang kala kamu sebagai wanita teristimewa sedang dirundum kesedihan, si lelaki akan menghantar cerita lucu termasuklah gambar atau gif lawak untuk menghiburkan dan membuatmu tersenyum.

4. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Suka Dengar Cerita Kamu.

Buktinya apabila dia sayangkan kamu, dia secara relanya akan menjadi pendengar paling setia biarpun masalah yang dikongsikan bersamanya itu kedengaran remeh. Biarlah si dia tidak reti mengucapkan “I love you” sekalipun, asalkan dia adalah pendengar yang baik. Lelaki yang sanggup menadah telinga untuk mendengar ngomelan wanita adalah lelaki yang paling sempurna.



5. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sering Minta Pendapat Kamu.

Beli baju pun suruh perempuan pilihkan? Kebanyakan lelaki memang sempoi dan beranggapan bahawa diri mereka ‘sudah cukup bagus’. Namun, andainya mereka memerlukan pendapat dari kamu, itu tandanya hati mereka telah dicuri oleh KAMU! …cause for them, you and your opinion is the top priorities after all.

6. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sudi Berkenalan Dengan Keluarga Kamu.

Baru kenal si dia tapi si dia sudah berani mahu berjumpa ahli keluarga kamu yang lain? Tak perlu cakap banyak, itu tandanya dia memang sudah bersedia untuk melangkah ke ‘peringkat’ seterusnya dalam fasa percintaan! Ini lagi romantik dari ungkapan “I love you” kan?

7. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sanggup Dengar Lagu Kegemaran Kamu Berulang Kali.

Lelaki yang baik akan rela mendengar lagu kegemaran wanita kesayangannya biarpun berulang kali tanpa rasa marah atau bosan. Itu tandanya dia sayangkan kamu walaupun tidak menyatakan perasaan cintanya secara terang dan jelas menerusi ungkapan “I love you”.

8. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Pertahankan Kamu!

Si dia sebenarnya sedang menyatakan kata cinta pada kamu andai dia mempertahankan kamu dalam situasi-situasi tertentu. If he defends you, he is subtly telling you how much he loves you.



9. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Selalu Kata “I’M PROUD OF YOU!”.

Lelaki memang jarang berkata “I love you” tetapi sudah cukup andainya dia menyebut “I’m proud of you”. Bila si ada menyebut yang dia bangga akan kamu, itu bermakna dia menerima kamu apa adanya dan kamu telah cukup sempurna di matanya.

10. Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Kamu Adalah Keutamaannya.

Jarang hendak jumpa lelaki yang sanggup bersusah payah untuk perempuan zaman sekarang. Jika kamu ada masalah dan dia sanggup membantu walau dalam keadaan apa sekalipun. Yup! That’s a sign he loves you!

Konklusinya, wanita lebih terbuka untuk berbicara dalam menyatakan perasaanya manakala lelaki akan menunjukkan rasa sayang menerusi perbuatan dan usahanya. Sekarang dah faham macam mana lelaki nyatakan “I love you” walau bukan dalam ungkapan?

Kalau dia ada buat perkara-perkara yang Wanista jelaskan tadi, jangan takut kerana…he always be yours and loves you no matter what.

Selamat beramal!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen