Obses sangat main TikTok, suami ikat isteri dengan rantai tanda hukuman

Oleh: Shasha Zack

Pada era kini, Tiktok merupakan aplikasi yang sering diguna pakai oleh setiap lapisan umur.

Termasuklah dengan seorang wanita berasal dari Indonesia yang kemaruk menggunakan aplikasi tersebut sehingga terpaksa dirantai oleh suaminya!

'Ditangkap' suami sebab selalu main Tiktok

Memetik laporan dari Suara.com, seorang individu @ann*** telah memuat naik satu video menunjukkan kaki wanita itu yang dirantai di bahagian ruang tamu rumahnya.

Hal ini berlaku dipercayai sebagai 'hukuman' kerana sikap 'obses' wanita itu memuat naik video di Tiktok setiap hari.

"Ini sebab kantoi main Tiktk dengan suami saya. Auto dirantai"

"Bahagia betul tengok mama takboleh buat content kat Tiktok..."

Difahamkan, suami wanita ini hanyalah bergurau dengan tindakan yang dibuat dan ianya hanyalah semata-mata gurauan. Namun begitu, anak-anak mereka dilihat sangat happy dengan keadaan ibunya yang dirantai kerana tak perlu lihat ibu mereka memuat naik video setiap hari.

Wanita tersebut siap membaling sebiji bantal ke arah suaminya sambil ketawa sebagai respons ketika dia dirakam. 

"Nampak bahagia ya semua budak-budak kat rumah nampak mami takboleh nak buat konten Tiktok lagi"

"Ha rasakan, suruh masak malah main Tiktok"

Tinjauan ke ruangan komen mendapati netizen terhibur dengan keadaan tersebut. Malahan komen-komen yang ditinggalkan rata-rata bersetuju dengan tindakan suami merantai kaki isterinya.

 

"Kami warga Tiktok wilayah Barat, sokong tindakan suami anda"

"Betul la tindakan macamni, supaya takboleh ke mana-mana"

"Maaf kak. Saya nak ketawa berdekah"

"Rasakan, disuruh masak, main Tiktok pulak"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen