3 bulan tak pakai uniform sekolah, badan dah 'sado' auto baju tak muat

Oleh: Shasha Zack

Sejak pembukaan semula sekolah, pelbagai reaksi diterima dari ibu bapa terutama pelajar sekolah.

Lain pula halnya yang terjadi kepada @alexfirul yang berhadapan dengan dilema gara-gara perubahan badannya yang sado memberi kesan kepada uniform sekolahnya menjadi semakin ketat.

"3-4 bulan lepas last pakai uniform..."

Remaja berusia 17 tahun itu telah memuat naik satu video menunjukkan perubahan badannya yang kian berotot menarik perhatian 40.2 ribu netizen yang menonton.

Dia yang membuat persiapan untuk ke sekolah telah mencuba pakaian seragamnya dan menyedari ianya tidak muat untuk dipakai.

"Aku pon kena tukar baju, tapi yang besarnya kat perut"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perubahan yang dialami oleh pelajar berusia 17 tahun itu. Malahan mereka juga berseloroh, perubahan yang dilalui mereka tidak sama kerana pembesaran berlaku di perut, bukan di otot.

"Tu 2,3 tahun, bukan 3-4 bulan..."

Ada juga netizen yang menyelar kenyataan pelajar tersebut dengan berkata tidak mungkin dia mendapat bentuk badan sebegitu dalam tempoh 3-4 bulan sebaliknya memakan masa selama maksimum 3 tahun.

"Confirm cikgu tak berani minta homework"

Segelintir netizen pula berseloroh bahawa dengan bentuk tubuh yang begitu, pastinya guru-guru tidak akan menyemak kerja sekolah yang diberi kepada pelajar tersebut.

"If you are my classmate, I'm gonna run"

Ada pula netizen yang berseloroh takut akan pelajar tersebut gara-gara badannya yang berotot itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen