Pemuda tersalah 'register' kolej, nak tidur malam pun gelisah fikir harga

Oleh: Shasha Zack

Penempatan di kolej atau universiti yang selesa sememangnya menjadi impian semua pelajar. Lebih-lebih lagi apabila semua sekolah dan institut pengajian telah dibuka di seluruh negara.

Lain pula halnya dengan seorang pengguna Tiktok, @azreenhassan yang memuat naik sebuah video menyatakan kegusarannya kerana tersalah mendaftar kolej.

"Haduih, bila tersalah register kolej mahal"

Video yang mendapat tontonan 43.8 ribu netizen ini menunjukkan @azreenhassan yang menetap di salah sebuah penempatan kolej bertaraf 'elite' kerana harga yurannya yang mahal. Malahan, dalam video tersebut, pelajar itu turut menulis kapsyen bahawa dia tersalah mendaftar kolej tersebut dan menyesal akan tindakannya.

"Memang selesa tapi harga yahudi"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan pelajar ini kerana mengetahui bagaimana rasanya hidup di dalam tempat mewah akibat tersalah mendaftar.

"Make sure deanlist sem ni"

Ada juga netizen yang berseloroh bahawa pelajar tersebut wajib memastikan dia mendapat dekan pada sem ini sebagai ganti untuk membayar yuran kolej mahal.

"Yuran saya satu sem 6K menangis cari duit"

Malahan ada netizen berkongsi pengalaman sama tentang yuran kolejnya yang mahal dan dia merasa betapa susahnya mencari duit demi membayar yuran tersebut.

"Kalau nak jimat, letak suhu rendah..."

Ada juga yang berkongsi tips penjimatan penyaman udara agar bil yang diterima tidak terlampau tinggi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen