"Dunia kita berbeza..." - Gadis menangis luah rasa rindu kenang kekasih telah 'pergi'

Oleh: Shasha Zack

Kehilangan orang yang kita sayangi sememangnya memberi impak terbesar dan kesedihan yang tak berpenghujung.

Begitulah yang dirasai oleh seorang gadis yang meluahkan rasa rindu buat arwah kekasihnya yang tiada lagi di dunia.

"Salam rindu"

Video yang dimuat naik oleh @mimisyarmimi di laman Tiktok itu mendapat perhatian sebanyak 151.9 ribu netizen yang turut bersimpati atas kehilangannya.

"Tak dapat bayangkan kalau hilang orang yang kita sayang..."

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dan mendoakan agar gadis ini tabah menghadapi pemergian insan tercinta dalam hidupnya.

"Dalam situasi sama, tapi kehilangan ibu kandung"

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman kehilangan orang tersayang iaitu ibu kandungnya.

"Semoga arwah tenang di sana..."

Segelintir netizen tidak melepaskan peluang mendoakan agar roh arwah dirahmati Allah.

"Alfatihah..."

Malahan ada juga yang turut memberi kata sokongan dan mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen