'Cleaner' naik pangkat sebab jujur, pulang cek 10.4 juta yang tercicir

Oleh: Shasha Zack

Tidak kira apa tanggungjawab dan pekerjaan yang kita galas dalam hidup, semuanya memerlukan sikap dedikasi dan amanah yang tinggi agar pekerjaan kita sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

Begitulah isu yang viral baru-baru ini tentang seorang pekerja pembersihan, Halimah yang menjadi buah mulut rakyat Indonesia atas sikapnya yang jujur.

Terjumpa beg duit berisi cek 35.5 billion (RM10.4 Juta) semasa bertugas

Memetik laporan dari Kompas.com, Halimah yang bekerja di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta itu menjumpai sebuah beg duit berisi cek dengan nilai 35.5 billion (RM10.4 Juta) dipercayai milik seorang penumpang di sana.

Wanita berusia 29 tahun itu terus melaporkan hal itu kepada pegawai bahagian keselamatan penerbangan (AVSEC) tanpa memeriksa apakah isi kandungan dompet tersebut.

Namun begitu, pegawai yang menerima dompet tersebut terus memeriksa dan terkejut kerana mendapati selain cek tersebut, terdapat 5 buah buku bank beserta passport.

"Besar atau kecil nilainya, ia tetap bukan milik kami..."

Memetik temubual bersama Tribun Jakarta, Halimah menegaskan dia berlaku jujur kerana memang demikian sikapnya berlaku jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya. Walau banyak atau sedikit nilai duit yang dijumpai, jika bukan miliknya maka dia tetap akan memulangkannya.

"Besar atau kecik nilainya, ia tetap bukan milik kam. Justeru sudah kewajipan bagi petugas di lapangan untuk melaporkannya"

Dinaikkan pangkat atas kejujuran

Sikap jujur Halimah dikagumi oleh Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani. Beliau kemudian memutuskan untuk menunjukkan penghargaan kepada wanita tersebut dengan menaikkan pangkat daripada seorang pekerja pembersihan menjadi penyelia di situ.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen