Seronok bertukar tragedi, dahi anak benjol sebesar bola golf akibat jatuh dari 'Inflatable Playground'

Oleh: Shasha Zack

Semua kanak-kanak pastinya teruja apabila ada permainan depan mata. Namun, kemalangan boleh berlaku jika tidak dipantau dengan baik.

Begitulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang tersadung sewaktu bermain Inflatable Playground yang disewa oleh ibu bapa mereka.

"Baru nak seronok main kolam, sekali ada tragedi..."

Menerusi perkongsian @hazirah.zaini di laman Titoknya, dia menceritakan apa yang telah berlaku sehingga mengakibatkan benjol di dahi anaknya.

Kerana terlalu teruja, mereka lupa untuk memeriksa tahap keselamatan apabila tidak menyedari bahawa tapak kolam tersebut tiada sebarang alas yang boleh menyokong jika kanak-kanak jatuh semasa bermain.

"Mujur doktor kata tak ada apa yang serius"

Risau dengan insiden itu, wanita ini segera merujuk benjol tersebut kepada doktor dan lega ianya tidak begitu serius. Namun begitu, Hazirah tetap berpesan dalam videonya untuk memantau kanak-kanak yang bermain dengan permainan tersebut.

"Seronok boleh jadi tragedi. First time sewa, tak sangka sini pon boleh jadi bahaya."

"Mangsa tersadung, terus benjol on the spot sebesar bola golf"

"Mujur doktor kata tak serius..."

"Main kolam kena ada penjaga kat tangga"

"Maybe saya boleh kongsi apa kena alert..."

Rentetan dari kejadian itu, wanita ini berkongsi beberapa tips keselamatan buat mereka yang ingin menyewa permainan ini di ruangan komen.

"Pernah sewa juga, kalau jatuh memang sakit..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pandangan dan pendapat atas apa yang berlaku.

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka memang pernah mengalami insiden jatuh dari permainan ini juga.

"Better beli lapik macam span untuk lapik..."

Ada juga netizen yang berkongsi pendapat supaya meletakkan lapik yang tebal di bawah tapak kolam tersebut untuk lebih selamat.

"Benda ni kena lapik mat sebelum pasang"

Malahan segelintir netizen yang prihatin mencadangkan untuk meletakkan tikar di bawah tapak kolam tersebut sebelum dipasang.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen