Kononnya 'turunkan' ilmu, Ustaz durjana cabul dan suruh pegang kemaluan!

Oleh: Shasha Zack

Golongan ustaz merupakan individu yang sering menjadi rujukan masyarakat. Namun, tidak semua yang berkopiah itu baik.

Baru-baru ini gempar dengan berita melibatkan individu beragama tersebut mencabul beberapa orang pelajar perempuan.

Buat upacara mandi bunga untuk salur ilmu batin

Kejadian berlaku di Banten, Indonesia ketika ustaz tersebut menjalankan upacara penurunan ilmu kebatinan melalui aktiviti mandi bunga.

Mangsa dipercayai terdiri daripada pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun yang juga adalah murid ustaz durjana tersebut.

Pelajar perempuan tawar diri dalami ilmu batin, disuruh mandi bunga

Menerusi Suara.com, ustaz tersebut mula mencabul pelajar berkenaan bermula dari April. Difahamkan, ketika itu pelajar perempuan tersebut datang menghadiri kelasnya dan meminta untuk mendalami ilmu batin.

Mendengar permintaan tersebut, ustaz menyuruh pelajar tersebut bersiap untuk mandi bunga dalam keadaan lengkap berpakaian.

Mangsa cabul terdiri daripada ramai orang pelajar perempuan

Upacara berlangsung dengan baik pada mulanya namun tanpa disangka ustaz tersebut bertindak agresif mencabul pelajar berkenaan sebaik sahaja upacara tamat.

Memetik temubual dalam Suara.com, Ketua Perhubungan Awam Polis metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim berkata suspek dipercayai telah melakukan hal ini secara berleluasa dengan ramai lagi anak gadis yang lain.

"Kami mendapati bukan seorang mangsa sahaja yang terlibat. Malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz tersebut"

Trauma dengan pengalaman ngeri tersebut

Bapa saudara kepada salah seorang mangsa memberi kenyataan bahawa anak buahnya mengalami trauma dengan apa yang dilaluinya. 

"Anak saudara saya telah dicium setelah diminta buka baju kemudian diminta untuk pegang kemaluannya."

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kegiatan ustaz tersebut tertangkap setelah laporan polis dibuat.

Tahukah Anda Siapa Pencipta Gari? | PenaMerah

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen