Tips Cinta! 15 Tanda Anda Dah Jumpa “Pasangan Sehidup Semati”.

Biarpun ada yang merasakan jika hubungan dia dan pasangan baik-baik sahaja, cukup sekadar untuk si lelaki berjanji dan melafazkan kata-lata cinta untuk “menerima kamu seadanya”,  namun itu jauh sama sekali untuk menjamin keharmonian sesebuah hubungan agar terus berkekalan.



Ramai terlepas pandang bahawa, seseorang yang benar-benar cocok untuk dijadikan pasangan seumur hidup adalah individu yang sanggup bantu melengkapi kekurangan diri kita sebagai pasangan mereka yang naif.

Soulmate atau teman sejiwa ni umpama cuaca, bila terang menderang ada matahari, eloklah bahagia berdua. Tapi… bila sampai musim tengkujuh, habis semuanya sampai puting beliung pun menjelma dibuatnya!

Seperti yang kita semua tahulah, hubungan cinta sejati itu ada turun naiknya tetapi jika benar dia pasangan kita, kamu berdua pasti berjaya harungi semua ujian itu bersama baik susah mahupun ketika senang.

Pada peringkat awal percintaan, memang rata-rata kata rupa paras adalah faktor utama mengapa kita tertarik pada pasangan namun setelah sekian lama mengenali hati budi pasangan, kita akan dapat rasakan satu kuasa misteri seolah ‘menolak’ kita untuk berkata yang “She/he is the RIGHT ONE”.



Tetapi bagaimana kita akan tahu yang dia adalah pasangan terbaik untuk menjadi teman sejiwa kita? Wanista senaraikan 15 tanda bila kamu dah jumpa padanan yang tepat!

1. Bila hati mula berbisik.

Kita manusia ini adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling mulia. Kita semua dibekalkan dengan satu perasaan yang boleh terdetik andai sesuatu perkara itu akan berlaku betul? Lebih-lebih lagi wanita. Disebabkan kita kurang sempurna berbanding lelaki yang ada sembilan akal, tuhan memang ada memberikan kita kuasa naluri yang sangat kuat untuk mengetahui apa yang orang lain tidak tahu. Jika benar si dia untuk kamu, hati akan mula terdetik dan berkata, “Yup, he/she is the one for me”.

2. Mungkin pernah terserempak dengannya sebelum ini.

Tanda yang ini agak mustahil, namun jika difikirkan secara logik akal, dunia ini kecil sahaja. Tuhan mungkin pernah temukan anda dan pasangan sebelum ini sebagai “orang asing”. Waktu itu kamu berdua belum mengenali masing-masing lagi tetapi pernah berjumpa di mana-mana atau berselisih tanpa sedar dan ternyata suatu hari bila sudah tiba masanya, kamu berdua akan bertemu semula dan bercinta!

Contoh: Kawan penulis dan tunangnya rupanya pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama tetapi masing-masing belum kenal lagi waktu itu. 10 tahun kemudian ketika berkawan dan bertemu di Universiti, selepas mengenali dan bercerita hal masing-masing barulah mereka tahu rupanya mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama. OMG! What a small world.

3. Jiwa bertemu jiwa tepat pada masa.

Seseorang perlu bersedia lebih awal untuk menerima kehadiran baru dalam hidup. Orang kata, “Jodoh akan sampai bila-bila masa”. Dalam sabar menanti si putera raja untuk menyelamatkan kamu dan membahagiakan hidupmu, bersedialah. Tuhan tak akan hantar jodoh bila kita masih terkapai-kapai untuk mengurus hidup. Pabila semuanya sudah sempurna, jodoh itu akan datang dengan sendirinya. Jika dia datang dalam keadaan anda sudah bersedia memberi komitmen, ya, dia memang orangnya.



4. Kamu dapat rasa kesakitannya.

Bila bersama dan dia berada dalam kekusutan jiwa, kamu juga dapat merasakan kemurungan. Bila dia sedih, kamu juga berduka. Bila sama-sama dapat berhubung melalui jiwa itu tandanya kamu sudah bertemu teman sejiwa.

5. Boleh baca fikirannya.

Ibarat telepati di mana seseorang bisa membaca bahasa fikiran si lawan… Jika kamu mampu mengetahui isi kotak pemikirannya serta tahu kemahuannya meskipun dia langsung tidak bersuara meluahkannya pada kamu, dia memang jodoh kamu.

6. Tahu kelebihan dan kelemahannya.

Tahu tak dalam kelemahan sebenarnya wujud kelebihan? Semua orang ada sisi positif dan negatif masing-masing. Terpulang bagaimana kamu sebagai pasangan mahu mengubah keburukan itu menjadi suatu kebaikan.

Contoh: Orang yang keras kepala dan cerewet ini biasanya bijak dalam membuat keputusan kerana mereka sering berhati-hati manakala, orang yang jenis perfectionist ini pula lazimnya bijak menguruskan isi rumah agar bil elektrik tidak lambat dibayar, susun atur dalam rumah sentiasa kemas dan anak-anak juga sentiasa berada dalam keadaan sempurna. Jadi kalau isteri membebel kenapa anda suka letak baju bersepah-sepah dan tidak suka kemas tempat tidur, jangan pula anda tengking mereka balik. Kalau bukan mereka yang tegur kesalahan anda tu, mesti hura-hara keadaan rumah kan?

7. Teman sejiwa kongsi matlamat hidup yang sama.

Cara kamu dan dia mencapai matlamat dalam hidup mungkin berlainan namun objektifnya adalah sama iaitu demi mengecapi kesenangan dan kebahagian hidup yang abadi.

Contoh: Suami berusaha keras mencari wang untuk bahagiakan isteri dan anak-anak manakala isteri sebagai suri rumah pula bantu menguruskan hal rumah dan anak-anak agar keluarga bahagia sehingga akhir hayat. Dalam erti kata lain, isteri juga bantu meringankan beban suami.

8. Tak takut berkomunikasi.

Ramai pasangan takut untuk berterus-terang, lebih rela sakit sendiri kerana tak mahu pasangan kecil hati atau tinggalkan kamu. Kamu SALAH! Teman sejiwa sebenar tak akan gentar untuk bersuara dan mencari jalan penyelesaian bersama. Bukan hanya seorang yang kena mengalah. Dua-dua perlu mengalah.

9. Eleh, tak cemburu pun.

Sebagai manusia biasa, kita memang ada hak untuk rasa cemburu. Tapi cuba lihat pasangan yang bahagia, mereka tak pernah ragu-ragu dengan pasangan.



10. Hormat pendapat pasangan.

Sering bercanggah pendapat dengan pasangan? Namun jika benar dia teman sejiwa, kamu akan kongsi idea dan buah fikiran yang sama. Jika bercanggah sekalipun kamu dengan rela hatinya akan cuba menerima pendapat pasangan dan melihat kebaikan dari ideanya itu.

11. Pasangan tak tengking, nendesak atau menghina kamu.

Tiada manusia yang tidak pernah marah tetapi pasangan sebenar akan tahu mengawal kemarahan, bukannya melepaskan amarah secara berlebih-lebih sehingga menyakiti pasangan. Jika ada pasangan kamu yang sering maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat padamu, dia bukan orangnya…

12. Teman sejiwa tahu meminta maaf.

Bukan senang nak sebut “Minta maaf” pada orang lebih-lebih pada yang disayangi. Namun, teman sejiwa sebenar akan tahu bila masanya untuk minta maaf. Mereka tidak malu untuk mengaku bersalah dan merendahkan diri asalkan pasangannya tenang dan kembali gembira.

13. Berada dalam dakapannya dapat buat kamu lupa masalah dan kesusahan.

Cuba berpelukan dengannya ketika kamu sedang bersedih atau berada dalam kesusahan, jika kamu berasa tenang dan dia pula bijak menggunakan kelebihannya untuk melegakan kesakitan kamu itu bermakna dia telah cukup sempurna untuk digelar soulmate!

14. Senyap tak bermakna tak sayang.

Jika kamu tahu dan hormat waktunya untuk bersendirian… si dia pula boleh berdikari tanpa perlu menyusahkan kamu… itu bermakna kamu berdua memang a perfect match to each other!

15. Hanya dia yang satu.

Biar besar mana pun ribut yang melanda hubungan kamu, kamu tetap percaya hanya dia yang satu. Tiada penganti yang bisa menggantikan tepatnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen