Terserempak 'stranger' pakai baju sama, gadis tolong member sorok muka

Oleh: Shasha Zack

Tidak semua kebetulan itu indah. Termasuklah jika tiba-tiba terjumpa orang yang tidak kita kenali memakai baju, kasut atau beg yang sama. Tambah malu apabila kebetulan tersebut adalah dengan berlainan jantina.

Itulah yang berlaku dalam satu video yang dimuat naik oleh @bbatrisha di laman Tiktoknya apabila rakan perempuannya memakai baju sama dengan lelaki yang tidak dikenali dalam kolej yang sama.

"Weh kelakar..."

Empunya Tiktok yang merakam kejadian ini tidak boleh menahan ketawa apabila insiden itu berlaku di depan matanya. Malahan, rakannya juga cuba menyorokkan wajah gadis berbaju merah itu.

Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila pihak lelaki yang berbaju sama turut malu-malu dan cuba menyorok di belakang rakannya.

"Masalahhnya lelaki tu pon malu..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizenterhibur dengan insiden yang berlaku. Mereka menyifatkan bahawa jika insiden sebegini berlaku, maka itulah jodoh.

"Macam tu lah mama jumpa abah."

Malahan ada netizen yang berseloroh bahawa mereka memang dijodohkan bersama.

"Kalau aku bangga sebab ada orang baju sama."

Ada pula netizen yang menyatakan jika dia berada dalam situasi itu, dia akan merasa bangga kerana ada orang yang memakai baju sama dengannya.

"Masa vaksin ada orang baju sama dengan aku, mak aku cakap tu bf aku..."

Ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalami insiden ini dan diusik oleh ibu serta kakaknya dengan mengatakan bahawa lelaki yang berbaju sama itu adalah teman lelakinya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen