"Bukan tak mampu, cuma rasa teraniaya." - Lagi 'mangsa' ikan siakap viral Langkawi

Oleh: Shasha Zack

Sejak tular mengenai posting ikan siakap harga 'cekik darah' semalam, tampil seorang lagi 'mangsa' memberi kenyataan tentang pengalaman beliau sendiri.

Mesra dengan panggilan Kak Ani, wanita ini menceritakan pengalaman beliau makan di restoran sama yang viral di Langkawi itu.

"Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi..."

Menerusi bukti resit pembayaran harga makanan di restoran tersebut, Kak Ani menceritakan yang dia telah memesan menu biasa seperti ikan siakap 3 rasa, udang masak pedas dan lain lain.

Namun begitu, taktik sama digunakan oleh peniaga dengan tidak memberitahu berat sebenar ikan dan harga jangkaan yang bakal dibayar. Tidak menyangka bakal berdepan situasi sama, Kak Ani memesan makanan tersebut seperti biasa dan sedia maklum harga yang dibayar bakal mahal kerana ianya restoran terapung.

"Ramai yang terkena sebab peniaga tak inform dan tunjukkan dulu ikan..."

Apabila selesai makan dan mahu membayar, ternyata ikan siakap berharga RM1660 kerana beratnya adalah 4.98kg. Tidak terkejut dengan harga tersebut namun Kak Ani berkata dia merasa teraniaya dengan situasi ini. 

"Bukan tak mampu, cuma rasa teraniaya..."

"Ramai yang terkena sebab peniaga tak inform dulu dan tunjukkan ikan."

Sumber Google

 

"Ada keluarga terpaksa kumpul-kumpul duit dari mak ayah, adik beradik, kesian..."

Kak Ani juga menceritakan insiden menyayat hati yang berlaku apabila keluarga di belakangnya yang mahu membuat bayaran, terpaksa mengumpul duit dari seluruh keluarga kerana tidak cukup wang dalam tangan. Perkara ini menimbulkan rasa sedih bagi Kak Ani kerana keluara tersebut nampak terkejut dengan harga namun terpaksa membayar juga.

Insiden yang berlaku ini membuatkan Kak Ani berazam untuk menjadi lebih berwaspada apabila teringin makan di restoran seafood pada masa akan datang. Malahan Kak Ani sempat berpesan agar peniaga yang berjual beli dalam perniagaan ini lebih telus untuk memberitahu pelanggan tentang harga yang bakal dibayar.

"Semoga peniaga lebih telur selepas ini.. Inform customer kemungkinan harga..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen