Bila mama abah ber-Tiktok, bersemut habis!

Oleh: Shasha Zack

Aplikasi Tiktok kini bukan hanya digunakan golongan muda, malahan golongan ibu juga turut sama mengikuti perkembangan dan 'trend' semasa.

Begitulah video indah yang dikongsikan oleh @shafiqalsukri mengenai ibu bapanya yang merakam video bersama untuk dimuat naik di aplikasi Tiktok mereka.

"Penat aku gelak, naik mengah..."

Lelaki ini yang menceritakan detik 'kelakar' apabila adiknya menghantar video behind the scene yang berlaku sewaktu ibu bapa mereka merakam video satu sama lain di luar kereta.

Adik perempuan kepada lelaki ini yang tidak dapat menahan ketawa membuatkan kedua ibu bapa mereka malu-malu namun masih meneruskan rakaman.

"Nak tengok hasil..."

Rata-rata netizen menyifatkan gelagat pasangan suami isteri ini sebagai sesuatu yang 'sweet'. Dengan berlatar belakangkan suara ketawa yang berdekah, menambahkan lagi rasa terhibur dan mencuit hati netizen.

Susulan daripada itu, ramai yang meminta video hasil rakaman dan dan ianya telah dikongsikan oleh @shafiqalsukri.

"Mesti cara pegang phone macamtu..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang cemburu dengan hubungan romantik pasangan ini. Gelagat mereka yang merakam satu sama lain disifatkan sebagai sesuatu yang 'rare' untuk golongan yang berusia.

Ada juga yang terhibur dengan gelagat pasangan ini yang memegang kamera dengan cara yang salah iaitu senget.

"HAHAHA bersemua bukan main..."

Ramai netizen yang turut mengatakan gelagat mereka terlalu 'sweet' dan 'bersemut' akibat terlampau manis.

"Bagi la peluang sweet sweett..."

Ada juga yang menulis untuk memberi peluang ibu bapa mereka merakam memori indah bersama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen