5 sebab kenapa sinetron ada banyak episod

Meskipun dunia telah mencapai pelbagai perubahan dari zaman ke zaman, namun nampaknya ia tidak berlaku dalam industri hiburan Indonesia.

Hal ini kerana mereka masih gemar menyajikan drama televisyen yang bersiri sehingga memakan ratusan episod lamanya.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya, berikut merupakan 5 sebab kenapa pembikinan drama seperti itu berlaku di Indonesia.

1. Raih keuntungan

Tiada orang yang ingin rugi, lebih-lebih lagi sekiranya ada mana-mana pihak membuat pelaburan dan jelas sekali mereka ingin keuntungan dari apa yang mereka telah laburkan.

Hasil keuntungan menerusi pembikinan sinetron di sana diperoleh dari iklan dan juga sponsor.

Difahamkan, makin banyak episod, makin banyaklah duit yang masuk.

 

2. Tiada had penyiaran

Sebab kedua adalah kerana pihak penyiaran di sana tidak mengkhususkan seberapa banyak episod yang boleh disiarkan untuk sebuah cerita.

 

3. Pelakon jadi kegemaran penonton

Seterusnya pemilihan pelakon. Maklumlah, segelintir penonton lebih suka nilai penampilannya daripada bakat lakonan yang ada.

Jadi, tak hairanlah jika mereka mampu bertahan untuk berada di hadapan televisyen untuk tempoh waktu yang lama.

 

4. Masyarakat tak memilih

Sebab yang keempat ini rasanya macam tak lari jauh dengan perkara 3 tadi.

Boleh dikatakan, masyarakat di sana lebih terbuka dengan  hiburan yang disajikan ini termasuklah tidak terlalu menekan mana-mana penghasilan karya pengarah di sana.

Senang cerita, mereka hargai apa adanya hiburan yang ditayangkan.

 

5. Peminat tegar sinetron

Akhir sekali, rata-rata penonton di Indonesia mempunyai rasa tidak sabar untuk melihat kesinambungan sinteron berepisod.

Percaya atau tidak, permuafakatan mereka ini juga secara tak langsung boleh terjalin melalui sinetron sekiranya mereka ada minat yang sama terhadap sesebuah karya.

Mereka boleh berkumpul di satu tempat untuk menontonnya beramai-ramai dan mungkin suasana seperti itu lebih seronok.

Alang-alang dah terlanjur kongsi fakta tentang sinetron ni, bolehlah kita lihat antara sinetron yang mempunyai episod paling banyak di Indonesia setakat ini.

  • Tukang Bubur Naik Haji The Series (1078 episod musim 1 sahaja)
  • Cinta Fitri  ( 1002 episod )
  • Putri Yang Ditukar ( 676 episod musim 1 sahaja)
  • Raden Kian Santang (611 episod)
  • Islam KTP (558 episod musim 1 sahaja)
  • Anugerah (473 episod musim 1 sahaja)
  • Keluarga Cemara (412 episod)
  • Pesantren & Rock n Roll (389 episod)
  • Kemilau Cinta Kamila (365 episod)
  • Tersanjung (360 episod)

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen