Majlis konvo norma baharu, pemuda ambil skrol dari dalam kereta jadi tumpuan

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis konvoksyen adalah hari bersejarah yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang selesai menamatkan pengajiannya.

Masa ini jugalah segala penat lelah ingin diraikan bersama insan tersayang selain turut berbangga melalui pahit getir sepanjang belajar.

Bagaimanapun, disebabkan pandemik melanda majlis yang ditunggu-tunggu itu tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana bimbang penularan virus Covid-19.

Majlis konvo secara pandu lalu.

Itulah yang dilalui pemuda ini apabila terpaksa menjalani majlis konvokesyen secara ‘drive thru’ selepas tamat pengajiannya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @dhia_sheikh memaparkan hari bersejarah yang tidak akan dilupakan itu.

@dhia_sheikh Drive thru convo🤣 x tau nak happy ke nak nangis 🥲sekali seumur hidup #politeknik #convo ♬ bunyi asal - Mhd Aizzat

Pengguna TikTok itu juga menyatakan bahawa pihaknya tidak tahu hendak turut bergembira atau tumpang menangis dengan moment yang sepatutnya menjadi kenangan itu.

“Drive thru convo, tak tahu nak happy ke nak nangis. Sekali seumur hidup...” tulisnya.

Susulan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet mendakwa majlis konvoksyen pemuda berkenaan lebih baik berbanding mereka yang secara ‘online’.

Okaylah dari online

Terus tak buat majlis

Selamat berkonvo

Nasib konvo tahun depan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen