Wanita 'surprise' 'bestfriend' beg idaman - "Asyik tenung je, ada rezeki lebih kita belikan..."

Oleh: Shasha Zack

Sahabat yang baik juga merupakan satu rezeki. Begitulah bertuahnya seorang wanita yang dihadiahkan sebuah beg tangan idaman oleh sahabat baiknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @coklatboxmurahbylyna baru-baru ini, tular tentang reaksi sahabatnya yang terharu apabila menerima bag idamannya.

"Tadi bestie aku ni snap gambar beg yang dia minat then send kat suami dia..."

Video yang mendapat 12.1 ribu tontonan ini merakamkan wanita ini yang sedang memilih beg untuk dibeli namun melihat rakan baiknya turut merenung beg yang diminati.

Kawan baiknya itu difahamkan mengambil gambar untuk diberi pada suami. Atas dasar persahabatan, wanita ini dengan senang hati membelikan beg yang diminati sahabatnya sebagai hadiah.

"Siap kejar kita, tak percaya itu beg dia..."

Susulan dari video sebelum, wanita ini memuat naik satu lagi video menunjukkan reaksi sahabat kesayangannya itu yang tidak percaya mendapat beg tersebut sebagai hadiah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat sahabatnya yang siap mengejar wanita itu kerana tidak percaya dengan hadiah yang diterima. Malahan, siap menangis dan memberitahu akan membayar semula harga beg tersebut.

"Babe tqsm weh surprisekan beg ni..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati sahabat wanita ini memberi komen dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Malahan beliau turut meminta netizen untuk turut mendoakan sahabatnya dimurahkan rezeki dan dipermdahkan segala urusannya.

"Suka tengok kawan baik yang love each other macamni..."

Rata-rata netizen pula memberi pandangan kagum dengan persahabatan yang ditunjukkan oleh wanita ini yang langsung tidak berkira untuk membelikan sesuatu yang diminati oleh rakan baiknya.

"Tersentuh sangat..."

Segelintir netizen pula meluahkan rasa terharu dan tersentuh dengan persahabatan wanita ini. 

"Satu kepuasan bila dapat bahagiakan orang lain kan."

Ada juga netizen yang menyokong perbuatan wanita ini dan menyatakan bahawa membahagiakan orang lain merupakan satu kepuasan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen