"Sejak kecil suka sama suka..." - Pasangan 'veteran' berjodoh nikah, tarik perhatian ramai

Oleh: Shasha Zack

Jodoh itu rahsia Allah. Walau terpisah 7 benua sekalipun, jika ditakdirkan itu jodoh kita, maka apa pon terjadi tetap akan bersatu jua.

Begitulah yang terjadi antara pasangan yang baru diijabkabulkan semalam menerusi satu video yang  dimuat naik oleh @xalsharassyx di laman Tiktoknya.

"Sejak kecil suka sama suka..."

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, meskipun mereka sudah melewati umur, namun jodoh mereka tetap kuat dan akhirnya diijabkabulkan bersama.

"Kalau dah jodoh tak akan kemana juga..."

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh jejaka ini, difahamkan wanita tersebut yang juga merupakan ibunya telah lama mencintai suaminya sejak dari kecil lagi. Justeru, meskipun jodoh antara mereka sampai lambat, namun usaha lelaki tersebut yang cuba menghalalkan ibunya akhirnya membuatkan mereka dapat bersama.

"Cinta suka sama suka dari kecil lagi. Tapi jodoh baru sekarang. Itulah jodoh."

"Kalau dah jodoh memang takkan kemana-mana."

Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.."

"Macam mak saya, berkahwin dengan kekasih lama..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan berita perkahwinan ini.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama apabila ibunya juga berkahwin dengan kekasih lamanya apabila mendapat tahu ibunya sudah berpisah dengan ayahnya. Tidak membuang masa,  kekasih lama kepada ibunya mencari dan mengahwini ibunya.

"Tahniah, bestnya dapat hidup dengan orang yang mencintai kita..."

Ada juga netizen yang mengucapkan tahniah dan menyatakan keindahan hidup dengan orang yang dicintai adalah kebahagiaan hakiki. Malahan dia turut mendoakan pasangan ini kekal hingga ke Jannah.

"Kalau dah jodoh, datang masa tua atau muda tetap bertemu..."

Terdapat juga netizen yang menyatakan jodoh itu tidak kira usia tua atau muda. Jika sudah ditakdirkan bersama, apa pon badai melanda tetap akan bersatu.

"Segaknya pengantin.. seronoknya tengok..."

Ada juga yang turut memuji seri pengantin pasangan ini meskipun masing-masing sudah berumur. Malahan ada yang turut berkongsi kegembiraan mereka melihat pasangan yang mencintai antara satu sama lain ini diijabkabulkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen