Kantoi letak gambar 'boyfriend' belakang 'phone', gadis redha abah koyakkan foto depan mata

Oleh: Shasha Zack

Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Terutama anak perempuan, bapa akan menjadi lebih tegas dan protective sesuai dengan fakta bahawa wanita adalah golongan lemah yang sewajarnya dilindungi.

"Saja nak terkejutkan abah, tak sangka jadi macamni..."

Menerusi satu perkongsian video di tiktok, @4nsnjhh telah merakam detik dia ingin membuat kejutan kepada ayahnya. Namun kejutan itu tidak disambut baik oleh bapanya apabila dia tertangkap meletak gambar 'teman lelakinya' di belakang telefonnya lalu dikoyak oleh bapanya.

"Tak baik.. Berdosa..."

Apa yang mencuit hati netizen adalah 'pakwe' sebenar yang dimaksudkan oleh gadis ini adalah oppa Korea yang diminatinya. Oleh sebab itulah, kekecewaan dan kesedihan yang diluahkan netizen menjadi sesalan sebaik sahaja mereka ternampak gambar yang dikoyak oleh bapa gadis tersebut.

Malahan mereka menyokong tindakan bapa gadis ini yang 'menghalang' cinta mereka dan mengoyak gambar 'teman lelaki' tersebut.

"Ceritanya saja nak terkejutkan abah. Tak sangka jadi macamni. Kantoi letak gambar pakwe belakang phone."

"Abah paksa kasi." Iya abah koyak."

"Sabarlah you, cinta kita tak direstui"

"Baru nak kesian tapi lepas tengok gambar tu terus tergelak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa 'tertipu' dengan kesedihan yang pada awalnya mereka rasakan. Malahan ada yang terhibur dan tergelak selepas melihat gambar sebenar 'pakwe' yang dimaksudkan.

"Pernah kena macamni, ambil senyap-senyap pulaktu..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman samaapabia dia menceritaka pengalaman dikoyak gambar 'teman lelaki' namun dilakukan secara senyap-senyap.

"Jangan marah parents tegur ya..."

Ada netizen yang memberi nasihat untuk mereka di luar sana agar menerima teguran ibu bapa kerana berpendapat itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapa. Malahan, dia juga turut menasihati agar tidak mengambilhati dengan tindakan ayah kerana kasih bapa tiada gantinya.

"Aih baru nak feeling sedih..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen