Tak nak kawan tercicir, 'classmate' diam-diam kumpul duit belikan telefon untuk 'class online'

Dalam pada kita gembira dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bukalah mata bahawasannya ada kenalan di sekeliling kita mungkin sedang berperang dengan diri sendiri susulan kekurangan dalam hidup mereka.

Tak dapat masuk 'class online' sebab tiada telefon

Demikian adalah kerana wanita ini telahpun mengalami 'moment' tersebut apabila mendapati ada rakan sekelasnya yang tidak dapat menghadiri 'class online' kerana tidak mempunyai kemudahan komputer riba, termasuklah telefon.

 

 

Sebak 'classmate' kumpul duit belikan telefon

Namun, kerana rasa sayangnya sebuah persahabatan, dia dakan rakan sekelas yang lain bersetuju untuk mengumpul dana bagi menghadiahkan lelaki itu sebuah telefon bimbit untuk kegunaan kelas atas talian.

Tambahnya, meskipun ia tidak mahal, harap kawannya itu dapat mengguna serta menjaganya dengan baik terutamanya bagi tujuan pembelajaran.

"Buka dana laptop pula"

Perkongsian itu benar-benar menyentuh hati, rata-ratanya memuji sikap prihatin mereka sehingga ada yang meminta agar pemilik akaun ini membuka dana untuk sumbangan kerana warga netizen juga ingin berbagi rezeki dengan mahasiswa itu.

 

"Nangis tengok ni"

 

"Dia ingat korang sampai bila-bila"

"Terima kasih orang baik"

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan kejayaan buat mereka selain berharap persahabatan itu berkekalan hingga akhir hayat.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen