Ibu bantu rawat hati anak, netizen puji wanita pandai pilih calon menantu ada rupa

Oleh: Zuzu Yasmine

Zaman sekarang dah jarang lihat pasangan disatukan disebabkan pilihan orang tua. Biasanya pasangan disatukan atas dasar cinta yang telah lama dibina bersama-sama.

Namun lain pula dengan gadis ini apabila menerima pilihan ibunya dengan hati yang terbuka .

Jodoh pilihan orang tua.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @baizura414 berkongsi moment pertunangan anaknya dengan lelaki pilihan hatinya.

@baizura414 Semoga dipermudahkan setiap urusan puteriku… #jodohrahsiaallah #semogabahagiatilljannah #fyp #fypシ ♬ original sound - 💥OWNER PTAB💥A.PULUNGAN - 💥 SOUND💥AHMAD PULUNGAN

Menurut @baizura414, dia memilih calon menantu yang baik segi akhlak dan agama buat anak gadisnya namun tidak sangka rupa paras lelaki berkenaan menjadi perhatian ramai.

Pertemuan tak dirancang.

@baizura414 juga memaklumkan bahawa pertemuan anak dan bakal menantu sebenarnya tidak dirancang malah ketika itu masing-masing dalam fasa patah hati. Jadi, sebagai ibu dia membantu merawat hati kedua-duanya.

@baizura414 ramai chat tanya mcmana kenal.. pnjang sngt ceritanya..nah untk yg single jgn malu2 sbb jodoh kena cari ye#jodohpilihanmama #cintarestukeluarga ##jodohrahsiaallah #fyp #masukberandafyp ♬ original sound - 💥OWNER PTAB💥A.PULUNGAN - 💥 SOUND💥AHMAD PULUNGAN

"Mak tak paksa pun setuju ni..."

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen berseloroh sekiranya pilihan ibu mereka juga seperti ini. Malah, ada juga yang meminta agar wanita berkenaan mencarikan seorang pasangan buat mereka.

"Tolong carikan untuk saya..."

Pilihan ibu yang terbaik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen