Gadis menggigil tahan marah, RM12 ribu lesap kereta 'ranap' dikerjakan mekanik

Oleh: Shasha Zack

Kepercayaan yang diberikan oleh seorang gadis kepada mekanik di Johor Bahru hancur sekelip mata selepas melihat kereta kesayangannya tersadai di luar bengkel.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ain_jeman, menunjukkan terjahan bersama rakan-rakannya di sebuah bengkel kereta bertukar kecewa selepas mendapati Proton Wira miliknya hanya tinggal rangka.

Sejumlah RM12,000 yang telah dibayar sejak PKP tahun lalu, nampaknya hanya sia-sia.

"Banyak kali call, banyak alasan..."

Difahamkan, gadis ini telah beberapa kali cuba menghubungi mekanik  keretanya untuk melihat perkembangan yang telah dilakukan namun disambut dingin dengan memberi pelbagai alasan. Akibat terlalu lama menunggu, gadis malang ini bersama 2 rakannya 'menerjah' bengkel tersebut sebelum hatinya luluh  melihat kereta miliknya tersadai ditutup kanvas biru.

"Pomen tu cakap taksuka ambik gambar, rasa orang tak percaya dia..."

Susulan dari itu, gadis ini membuat satu lagi video menceritakan kronologi yang berlaku dari awal dia menghantar kereta tersebut. Pada awalnya, Proton Wira miliknya dihantar atas sebab bateri kereta yang lemah pada Mac tahun lalu.

Alang kepalang, dia berhasrat untuk menaik taraf enjinnya sehingga melibatkan kos sebanyak RM12,000 namun dibayar secara ansurans.

Namun begitu, apabila sudah terlalu lama sepi tanpa berita, gadis ini meminta 'update' keadaan semasa keretanya namun tidak disambut baik oleh mekanik dengan alasan tidak suka mengambil gambar perkembangan kereta kerana seolah-olah orang tidak mempercayainya.

"Bila dah viral baru sibuk nak whatsapp..."

Terbaru melalui perkongsian gadis ini, dia memberitahu tentang sikap mekanik yang mula 'kecut perut' setelah video mengenai keretanya tular. Dia juga memuat naik perbualan antaranya dengan mekanik tersebut yang menjanjikan keretanya bakal siap dalam masa satu minggu.

 

"Takpe, Ain tunggu seminggu..."

Tidak cepat melatah, gadis ini memutuskan untuk memberi peluang kepada mekanik tersebut untuk menyiapkan keretanya mengikut masa yang dijanjikan.

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen