Tampil lain dari lain, roti canai bentuk biawak jadi perhatian netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Roti canai atau roti telur sememangnya enak dimakan sebagai sarapan pagi. Lebih-lebih lagi apabila dicecah kuah kari mahupun kacang dal memang layan cerita dia.

Tapi biasanya roti yang ditebar itu akan berbentuk bulat ataupun petak jika dilihat di kedai mamak atau kedai biasa namun lain pula roti yang terdapat di kedai ini.

Roti canai unik berbentuk biawak.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @abangterbang ini, memaparkan roti canai unik yang terlihat seperti seekor biawak.

@abangterbang Reply to @daaaaaniel4 roti biyawa wunnek.tulur kasi duwa,yitu biyawa kasi banjih.#esekeli #nismilan #kolopilah #myfoodie ##fyp #roticanaiterbang ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Dalam video berdurasi 59 saat itu memaparkan penebar roti canai berkenaan berkongsi proses membuatnya hingga siap dihidang bersama kuah dan juga dua biji telur.

Difahamkan, roti telur berbentuk biawak itu dihasilkan bagi pemintaan pelanggannya. Malah sebelum ini dia juga pernah menghasilkan roti berbentuk ular.

@abangterbang saje-saje buat konten..sekali sedap weyh!! seyes sodap!!#myfoodie #nismilan #kolopilah #roticanaiterbang #nismilan #tehtarik #fyp #esekeli ♬ Lamunan Terhenti (Rakaman Terbaru) - Aris Ariwatan

"Dah pelanggan minta, ikut jelah..."

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen yang teruja melihat namun ada juga yang mengecam tindakan penebar roti berkenaan.

Tak kerja sungguh tapi kreatif

Baru betul biawak halal

 

Tak selera nak makan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen