'Birthday girl' suka makan mee segera, keluarga pakat beri kek unik buat gadis

Oleh: Zuzu Yasmine

Sambutan ulang tahun kelahiran tidak akan lengkap sekiranya tidak bersama keluarga serta kek sebagai penyeri majlis berkenaan. Bagi nak menambahkan kemeriahan tersebut, pastinya akan ada beberapa kejutan dari keluarga pada hari berkenaan.

Hal yang sama juga dilalui gadis ini apabila teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga.

Terima kek mee segera.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @abdulcicis ini memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran seorang gadis namun kek yang dihidangkan menjadi perhatian ramai.

@abdulcicis Birthday girlnya suka makan maggi #foryoupage #fyp ♬ Oh No - Kreepa

Mana tidaknya, bukan kek biasa namun mee segera yang dibentuk menjadi kek membuatkan gadis berkenaan ketawa tidak henti.

Siap ada tarik duit.

Bukan itu sahaja, di dalam kek mee segera tersebut juga boleh menarik duit keluar namun duit yang diterima bukan sebenar menambahkan riuh lagi majlis berkenaan.

Difahamkan, keluarganya mendapat idea berkenaan disebabkan gadis tersebut sangat gemar memakan mee segera.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga berkenaan malah, ada juga yang merancang ingin melakukan perkara yang sama.

Boleh buat ni

Kena scam member

Netizen terhibur

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen