5 filem yang diambil dari kejadian penting dunia

Setiap orang mempunyai cerita berbeza tentang perjalanan hidup mereka yang mana segelintir darinya terbuka untuk berkongsi kepada umum, namun sebahagiannya lagi lebih selesa untuk simpan sendiri.

Walaubagaimanapun, ada di antara kisah mereka telah memberi inspirasi kepada orang ramai sehingga diterbitkan menjadi buku, malah ada juga yang didaptasi terus ke dalam filem untuk ditonton.

Berikut merupakan lima tajuk filem yang diambil dari kisah benar sekaligus menjadi sejarah terpenting dalam dunia suatu ketika dahulu:

1. The 33

Filem ini diadaptasi daripada peristiwa bencana perlombangan pada tahun 2010 yang mana telah diarahkan oleh Patricia Riggen dan ditulis oleh Mikko Alanne, Craig Borten dan Jose Rivera.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelombong telah terperangkap di dalam lombong San Jose di Chile selama lebih dua bulan.

Lebih tragis lagi, satu-satunya jalan untuk keluar dari lombong itu tersekat sepenuhnya menyebabkan satu demi satu konflik mulai timbul antara mereka.

2. Deepwater Horizon

Filem kedua ini berkisahkan tentang bencana kebakaran Deepwater Horizon dan tumpahan minyak di Teluk Mexico.

Untuk makluman, ia diadaptasi dari artikel The New York Times pada 25 Disember 2010 yang ditulis oleh David Barstow, David Rohde dan Stephanie Saul.

Cerita ini bermula apabila seorang ketua juruteknik yang bertugas di pelantar minyak mengalami masalah sewaktu menggali sehingga terjadinya kebakaran dahsyat yang telah meragut ramai nyawa pekerja.

3. Bukit Kepong

Bercerita tentang patriotik, jelas sekali ia sebuah peristiwa yang banyak sejarah dan antara kisah yang telah diangkat menjadi filem adalah Bukit Kepong.

Filem yang diarahkan oleh Jins Samsudin ini adalah mengenai pengepungan pengganas komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950.

Ia menceritakan mengenai perjuangan Polis Persekutuan Tanah Melayu dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, berperang melawan serangan gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu pada tahun 1950.

Namun, pada tahun 2014, filem ini telah disunting semula oleh United Studio untuk memulihkan dan memperbaiki resolusi paparan definisi tinggi (HD) daripada asalnya.

4. Leftenan Adnan

Filem seterusnya juga berunsurkan patriotik. Leftenan Adnan antara filem yang paling dikenali sehingga sekarang. Ia diambil dari kisah benar mengenai perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Babak paling menyentuh emosi dalam filem ini adalah ketika Leftenan Adnan terkorban semasa menyerang tentera Jepun. Pertempuran itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh pihak musuh.

5. Ola Bola

Akhir sekali adalah Ola Bola. Ia merupakan filem sukan bola sepak Malaysia pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan.

Difahamkan, cerita ini diilhamkan dari kisah kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang berjaya memasuki Olimpik Musim Panas 1980.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen