Sampai menangis ngidam nak naik lori pasir, suami gigih layan isteri mengandung

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan sesuatu yang pelik sekiranya wanita berbadan dua mengidam ingin menikmati juadah yang jarang ditemuinya malah ada juga menginginkan sesuatu yang tidak dijangka.

Walau bagaimanpun, ada juga yang masih beranggapan bahawa wanita yang sedang hamil dan mengidam ini sengaja dan mengada-ngada.

Mengidam nak naik lori pasir.

Hal yang sama dilalui wanita ini apabila mengidam ingin menyentuh dan menaiki lori pasir hingga suaminya terpaksa menunaikan hasrat tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @deqna997, memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil teringin meniaki sebuah lori.

@deqna997 Ade ibu2 preggy mcm kita tak🤣 sian suami nk kne tunaikan klw boleh nk naik tpi tuan lori xde nampak🤣#ibuhamil #nikahpkp3 #ngidam #beranda ♬ Bilang Pa Mama Mantu - Nusantarahouse

Nasib baik jumpa dekat stesen minyak.

Malah, wanita berkenaan dikatakan sudah dua minggu mengidam nak merasai pengalaman berada di atas lori pasir.

Wanita berkenaan juga mengakui sempat menangis disebabkan hasratnya tidak tertunai namun siapa sangka suaminya berjaya menemui lori berkenaan di sebuah stesen minyak.

@deqna997 Ngidam nk naik lori pasir🤣🤣#beranda #fypシ #ibuhamil ♬ Bilang Pa Mama Mantu - Nusantarahouse

Susulan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat ibu hamil berkenaan. Selain turut mendoakan kandungan dan wanita tersebut dalam keadaan sihat.

Tak dapat boleh nangis ni

Kongsi pengalaman bersama

Alhamdulillah lepas mengidam

Mesti 'baby boy' ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen