"Moga akak kuat..." -Wanita dilihat main buai seorang diri ketika hujan cetus rasa sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap insan tidak akan terlepas dari pelbagai dugaan hidup. Walaupun kadang rasa tidak tertanggung akan ujian tersebut namun pasti mempunyai hikmah yang cukup besar di kemudian hari.

Malah, pelbagai cara seseorang boleh lakukan untuk menenangkan jiwa dan melepaskan beban yang ditanggung ketika itu.

Wanita bermain buai di tengah hujan.

Hal yang sama seperti dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mieykicapxgaming apabila memuat naik video seorang wanita bermain buai seorang diri ketika hujan.

@mieykicapxgaming Allahu😩semoga akak dipermudahkan segala ujian dri Allah S.W.T akak🤲bertabah dan redha ya akak amin doakan akak ni baik2 saja yaaa..😔 #fyp@ngahfarm ♬ original sound - MieyKicap Xgaming

Menurut pengguna TikTok tersebut, dia ketika itu sedang berjalan di tepi pantai dan tidak sengaja terlihat wanita berkenaan di kawasan pantai.

“Hari ini rasa nak ronda-ronda tepi pantai. Lepastu ternampak ada seorang kakak ni.

“Tak tahu apa masalah yang dia hadapi sampai tengah-tengah hujan pun dia main buai,” tulisnya di dalam video berdurasi 22 saat itu.

Malah, @mieykicapxgaming turut mendoakan agar wanita berkenaan terus kuat walaupun apa pun yang sedang dia lalui ketika itu.

“Semoga akak ni kuat hadapi ujian dari Allah SAW. Mungkin akak ni stress sangat dengan ujian yang diterimanya,” kongsinya lagi.

Susulan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet memahami keadaan wanita tersebut selain turut berharap dirinya terus kuat dengan ujian dihadapi.

"Healing process..."

Tak akan siapa tahu perasaan sebenar

Moga akak ni terus kuat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen