Tapak kasut dah haus sampai terasa tar, staf terkejut majikan belikan baru

Sudah menjadi tanggungjawab majikan untuk sentiasa menjaga kebajikan pekerja yang berada di bawah jagaan mereka. 

Hal ini secara tak langsung juga sebagai tanda menghargai dan berterima kasih  atas segala khidmat bakti walaupun bagi mereka diberi peluang  bekerja sudah lebih dari memadai.

Kesian tengok kasut staf

Namun, bagi pemilik akaun bernama Nutamilah Isaac, melihat pekerjanya tersenyum dan seronok ketika bekerja merupakan kebahagian buatnya juga.

 

 

 

 

Majikan baik hati terus belikan baru

Justeru itu, dia tanpa berlengah terus membelikan sepasang kasut kerja baru untuk salah seorang pekerjanya susulan melihat tapak kasutnya sudah 'haus'.

Jika dapat lihat menerusi hantaran itu, pekerjanya juga tidak menyangka akan menerima kasut itu dari majikannya dan dia kelihatan gembira menyambut hadiah itu.

"Majikan contoh"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap wanita itu sebagai majikan kerana peka dengan keadaan pekerja selain mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

 

 

"Seronok dia..."

"Moga murah rezeki"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen