Waspada Jerat Lelaki Materialistik.

Demi kesenangan hidup, segelintir lelaki hari ini sanggup mensasarkan wanita kaya untuk dijadikan isteri semata-mata mahu membolot harta wanita berkenaan.



Jika sesebuah perkahwinan mengandungi maksud tertentu sehingga mengkhianati nawaitu perkahwinan itu sendiri, ia boleh menjadi punca sesebuah kehancuran.

Pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah mengakui wujudnya liaran itu dalam sesetengah perkahwinan sehingga mudah goyah dan menjurus kepada perceraian.

“Sunnah sesebuah perkahwinan pastinya untuk kebahagiaan rumah tangga. Namun, ada sesetengah perkahwinan yang tidak mendambakan cinta tetapi harta semata-mata.

“Alasan segelintir lelaki yang terjebak dalam perkahwinan begini menyatakan mereka hanya mahu memberikan kasih sayang, tidak boleh diterima akal.

“Ini kerana fungsi sebagai lelaki yang boleh memberikan nafkah zahir dan batin sudah lari daripada fungsi asalnya,” katanya.



Dr Robiah mempersoalkan sikap segelintir lelaki yang hanya mahu menumpang kesenangan wanita kaya yang kebiasaannya dijadikan isteri kedua atau ketiga semata-mata untuk kepuasan nafsu. Beliau akui banyak berdepan dengan kes sedemikian di mana lelaki mencari wanita bujang yang berkedudukan tinggi atau janda kaya yang mendambakan kasih sayang lelaki.

“Sesetengah wanita yang berstatus demikian sanggup dijadikan isteri hanya semata-mata mahukan seorang suami di sisi dan tidak mengharapkan sumber kewangan kerana dia mempunyai timbunan harta.

“Apa yang diinginkan wanita itu hanyalah kasih sayang dan perhatian. Jika inilah matlamatnya, lelaki yang mengambil kesempatan ke atas wanita dan tidak berfungsi sebagai ‘suami sebenar-benarnya’ sebab fungsi perkahwinan yang diharapkan sudah tidak suci lagi,” katanya.

Beliau menasihati wanita supaya berhati-hati memilih calon suami dan jangan mudah terpikat dengan nilai ‘kealiman’ yang ditampilkan padahal ia sekadar topeng.

“Ada sesetengah lelaki mempergunakan agama sebagai senjata memikat wanita yang kaya semata-mata mahu menunjukkan yang dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.

“Nilai agama atau kealiman seseorang bukan dilihat pada luaran saja, namun agama adalah jiwa yang meliputi anutan yang berkaitan akidah, pemahaman dan amalan hidup seharian.

“Untuk memikat wanita, jangan guna taktik kotor untuk melobi supaya dirinya dipilih sebagai calon suami kerana tembelang yang tidak baik akhirnya terbongkar dan bakal menjerat diri sendiri,” katanya.



Dia yang juga Presiden Pertubuhan Wanita Muslim berkata, ada sesetengah pandangan mengatakan lelaki yang macho pandai memikat wanita yang menjadi dambaan mereka. Jika hal ini berterusan berlaku, dia bimbang aliran ini akan berterusan berlaku dalam masyarakat kerana ia sesuatu yang tidak sihat.

“Wanita yang tidak berpeluang mencari ruang untuk mendapat teman hidup mungkin bakal terjebak dengan lelaki begini, justeru berhati-hati jika berdepan dengan situasi yang membabitkan perasaan.

“Kelemahan wanita sebegini dijadikan senjata oleh lelaki untuk memikat mereka dengan menawarkan cinta. Ada lelaki terpikat dengan wanita yang kaya dan ternama hanya mahu mencuba nasib menumpang populariti wanita berkenaan,” katanya.

Dr Robiah turut mengibaratkan sikap lelaki sedemikian hanya mengisi ruang kosong dan hanya berfungsi di tempat tidur serta tidak mengambil peranan sebenar sebagai suami yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Gejala sedemikian katanya, perlu diubah dan jika dibiarkan berterusan, ia bakal menjelmakan fenomena yang tidak sihat dalam masyarakat.



“Jika hanya kahwin untuk tumpang kesenangan, tumpang kemewahan atau tumpang kemasyhuran, saya yakin sesebuah perkahwinan itu tidak mampu bertahan lama kerana ia tidak berdasarkan keikhlasan hati.

“Jika perkahwinan hanya mengejar populariti, sering menjadi intipan lensa kamera, biasan glamor atau untuk tampil hebat, percayalah perkahwinan itu akan berakhir dengan kehancuran dan tembelang pasti pecah,” katanya.

Dia turut menasihati wanita yang berusia atau wanita berharta yang belum bertemu jodoh lagi supaya berhati-hati jika bertemu kategori lelaki buaya darat, bertopeng agama atau yang pandai memikat.

“Dalam apa juga perkara, lihat agama, rupa, selain pendidikan dan harta supaya nilai sekufu yang disaran agama tetap jadi keutamaan.

“Soal lambat atau cepat jodoh, serahkan urusan itu pada takdir jika sudah berusaha sebaiknya,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen