5 negara mempunyai cuti tahunan terbanyak

Dengar sahaja tentang cuti tahunan, ia memang waktu yang menyeronokkan dan paling ditunggu-tunggu baik dalam kalangan pekerja atau pelajar sekolah.

Namun, dasar pelaksanaan cuti tahunan di setiap negara adalah berbeza dan berikut merupakan 5 negara yang mempunyai paling banyak cuti tahunan.

 

1. Sri Lanka

Sri Lanka merupakan negara pertama yang memiliki jumlah cuti tahunan terbanyak di dunia iaitu sebanyak 25 hari.

Negara ini mempunyai pelbagai etnik dan warisan budaya yang berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Sri Lanka mempunyai cuti tahunan yang banyak bagi meraikan hari penting di sana.

Sementara itu, masyarakat Srik Lanka juga akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang dipanggil 'Hari Poya' mengikut kepercayaan masyarakat Buddha. Mereka akan bercuti setiap kali bulan mengambang penuh.

Difahamkan, hari tersebut dipanggil hari Adhi.

2.India

Kemudian adalah negara India yang mana mereka mempunyai 21 tahun cuti tahunan.

Negara itu mempunyai 4 hari cuti umum iaitu hari republik, hari pekerja, hari kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi.

Sementara, lain-lain cuti adalah mengikut kepelbagaian agama di sana yang jatuh pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

3. Filipina

Filipina menduduki tempat ketiga mempunyai cuti tahunan paling banyak iaitu 18 hari.

Namun, cuti di sana banyak dibentuk bagi meraikan sejarah di negara mereka seperti berikut:

  • Day of Valor - 9 April
  • The Cry of Pugad Lawin (Revolusi Filipina bermula) - 28 Ogos
  • Hari kelahiran Andres Bonifacio (bapa revolusi Filipina) - 30 November
  • Memperingati kematian Jose Rizal - 30 Disember

4. China

Sementara itu, cuti tahunan di negara China adalah sebanyak 17 hari meliputi pelbagai perayaan berbeza mengikut etnik di sana.

Masyarakat China mengadakan dua sambutan tahun baru dan tahun baru Cina selain meraikan hari memperingati orang tua mereka dengan upacara membawa barang-barang ke kubur nenek moyang mereka.

Selain itu, masyarakat China juga mengadakan perlumbaan Bot Naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya bergantung kalender orang Cina.

5. Thailand

Akhir sekali adalah Thailand. Negara ini memiliki 16 hari cuti tahunan yang mana setiap perayaan bergantung pada sambutan masyarakat Buddha.

Sama seperti negara lain, Thailand juga menyambut tahun baru, namun terdapat sedikit perbezaan apabila mereka akan menyambut sekali hari Magha Puja yang dipercayai bagi mengelakkan diri daripada perkara buruk.

Selain itu, mereka juga akan menyambut hari Chakri setiap 6 April, hari Wesak, hari Dhamma yang meriaikan permulaan agama Buddha dan dua hari memperingati kematian Raja Thailand Bhumibol Adulyadej dan Raja Chulalongkorn.

Perayaan terbesar yang disambut oleh masyarakat Thailand pula adalah festival Songkran di mana kebayakan keluarga akan berkumpul bersama.

Nampak seronok kan ada cuti tahunan yang banyak, namun siapa sangka hal ini pernah menjadi perdebatan dalam kalangan pihak tertentu kerana beberapa buah negara mengamalkan cuti tahunan yang banyak.

Hal ini adalah kerana ia dilihat akan mengganggu produktiviti pekerjaan mereka setiap tahun.

Untuk makluman, Malaysia tidak berada seiring dengan 5 negara tersebut kerana kita hanya mempunyai 15 hari cuti sahaja setiap tahun dan tidak termasuk cuti peristiwa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen