Bila nampak kelibat lelaki masuk blok perempuan, gadis sarung beg di kepala demi jaga aurat

Oleh: Zuzu Yasmine

Situasi yang mendebarkan bagi seorang wanita bertudung adalah kedatangan seorang lelaki ke kediaman mereka secara tiba-tiba hingga membuatkan mereka tidak sempat capai apa-apa untuk menutup kepala.

Bila nampak kelibat lelaki.

Perkara ini bukan suatu yang pelik namun, gelagat seorang gadis ini yang mengambil bag untuk menutup kepala menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @saddiefaty, memaparkan seorang rakannya yang mengambil bag untuk menutup keseluruhan kepala hingga tidak menampakkan wajahnya.

Difahamkan, rakannya bertindak sedemikian disebabkan secara tiba-tiba seorang lelaki muncul di blok perempuan ketika mereka sedang mengambil angin di luar bilik.

Tidak hanya itu sahaja, salah seorang rakannya juga hanya sempat menutup kepala dengan baju juga membuat netizen terhibur.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat gadis berkenaan ada yang memuji dirinya tetap menjaga aurat walaupun di saat genting.

Nampak terdesak sangat dah tu

Pandai jaga, teruskan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen