Kalau dah jodoh, doktor gigi tak sangka akan bersuamikan pesakit sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sangka dari seorang pesakit dan doktor gigi akhirnya boleh berubah menjadi pasangan suami isteri. Betullah akan ungkapan jodoh itu rahsia Allah.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter akan dua keping gambar yang memaparkan pertemuan di klinik pergigian dan berada di atas pelamin.

Memetik laporan mStar Online, pasangan ini telah dipertemukan pada Mac tahun lalu dan lelaki berkenaan dipercayai sering berkunjung ke klinik pergigian tersebut untuk melakukan rawatan.

Mesra dengan panggilan Dr Haziqah, dia memaklumkan bahawa suaminya, Syameem, merupakan kawan kepada kawannya dan tidak pernah saling mengenali sebelum ini.

“Dia buat janji temu untuk rawatan ‘scaling’ gigi. Sayalah yang handle. Itulah pertemuan pertama kami kerana masing-masing tak mengenali pun sebelum itu.

“Masa saya buat treatment tu, berlaku satu peristiwa lucu. Suami tanya pasal air kumur...saya bergurau saja tapi tak sangka dia buat betul-betul. Masa tu nampaklah ciri pertama padanya yang memang baik.


“Tapi saya serba salah pula buat patient macam tu. Selepas selesai buat treatment, saja ambil gambar sebab nak hantar kepada kawan kami tu. Tak sangkalah jodoh berpanjangan pula,” kata.

Menurut doktor gigi berusia 24 tahun ini, selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada April lalu dan selamat diijabkabulkan pada 5 November lalu.

Katanya, dia tertarik dengan suaminya itu kerana sikap yang bertanggungjawab dan layanan baik kepada orang tua serta keluarga.

Malah, doktor muda ini juga tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu menjadi tular di Twitter.

“Suami yang perasan dulu... makin lama makin ramai pula retweet. Yang buat saya tergelak, ramai pula nak buat treatment gigi sebab mana tahu jumpa jodoh juga selepas ini,” kongsinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen