Hubungan direstui isteri pertama, wanita teruja bercuti bersama 'madu'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai ‘poligami’ pasti ramai isteri yang bagai tidak boleh terima malah ada juga yang tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat rela hidup bersendirian berbanding berkongsi suami dengan wanita lain.

Bagaimanapun, tidak semua wanita seperti itu, malah segelintir mereka dapat menerima ketentuan dan kehidupan bermadu dengan hati yang terbuka.

Bercuti bersama madu, hubungan yang direstui.

Sama seperti wanita yang menggunakan nama @wunawayuna ini apabila berkongsi moment bahagianya pergi bercuti bersama madu dan suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik memaparkan saat-saat dia menikmati percutiaan di Pulau Langkawi bersama madu yang juga dikatakan rakan baiknya.

Malah, mereka juga dilihat bahagia selain turut mengabadikan kenangan tersebut dengan mengambil gambar kenang-kenangan bersama.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet kagum akan ketabahan wanita tersebut. Malah ada juga yang meluahkan bahawa tidak semua orang mampu lalui perkara tersebut.

Tak semua orang boleh buat

Moga dipermudahkan urusan

Wanita hebat ni

Artikel Lain

Tinggalkan Komen