Tengah syok 'payung' nyanyian, tapi gelagat member sibuk makan pula jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata dalam banyak-banyak rakan kita pasti akan ada seorang yang cukup pelik kelakuannya. Mana tidaknya, ada sahaja gelagat lucu yang buat orang ingin fokus kepadanya.

Syok sangat makan pisang goreng.

Hala yang sama terjadi pada seorang pemuda ini apabila gelagat rakannya di dalam video rakaman menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @trisuakareal memaparkan seorang pemuda sedang asyik menyanyi.

Bagaimanapun, gelagat rakannya yang sedang sibuk makan pisang goreng pula menjadi perhatian apabila terpaksa menanhan kepanasan di dalam mulut.

Lebih lucu lagi apabila gelagat tersebut dirakam tanpa sedar sehingga rakannya berhenti menyanyi dan fokus kepadanya juga.

"Yang belakang tak rilex betul."

Susulan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet terhibur akan gelagat rakan pemuda berkenaan. Malah, ada juga yang mendakwa lelaki tersebut terlalu lapar hingga sanggup makan pisang goreng yang masih panas.

Hampir tercekik tu

Lapar sangat tu

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen