Makanan merupakan keperluan asas umat manusia, memadai dengan sepinggan nasi dan sejenis lauk untuk satu hari.
Namun, lain pula kisahnya bagi golongan kayangan dan serba mampu apabila mereka sanggup berhabis duit hanya untuk satu hidangan makanan.
Mungkin nampak pembaziran, tetapi tidak mengapa jika sesekali ingin bertukar angin. Bagi yang mungkin ingin mencuba, berikut merupakan lima nama restoran memiliki hidangan termahal di dunia:
1. SubliMotion
Restoran yang terletak di Ibiza, Sepanyol ini telah beroperasi sejak tahun 2014 lagi.
Suasana restoran tersebut dikelilingi oleh kelab malam dan kasino. Sementara harga hidangannya pula boleh mencecah sehingga $2,000 setiap kepala.
2. Ultraviolet
Restoran yang menjadi tumpuan seterusnya bertapak di Shanghai. Ia dimiliki oleh Chef Paul Pairet yang memiliki banyak restoran mewah lain.
Menariknya konsep restoran ini adalah mereka memfokuskan paparan visual, bunyi dan bau yang menakjubkan yang mana ketiga-tiga elemen ini bergabung bagi menghasilkan kesan kepada makanan.
Sementara kos yang diperlukan untuk makan di restoran unik ini adalah $900 seorang, tanpa tips dan cukai.
3. Kitcho Arashiyama Honten
Restoran seterusnya terletak di Kyoto, Jepun.
Perkara yang membuatkan restoran ini tersenarai dalam restoran termahal di dunia pula adalah harga bagi satu pinggan hidangan istimewanya yang disebut sebagai Kaiseki.
Bukan itu sahaja, restoran ini juga menyajikan 10 hidangan kesempurnaan, dimasak oleh tukang masak dengan tiga bintang Michelin yang mana harga makanan tersebut sekitar $600 seorang.
4. MASA
Kita jelajah pula restoran yang berpangkalan di New York yang merupakan antaran lima jenis restoran paling mahal di dunia.
Mereka pakar dalam makanan laut eksotik serta pelbagai jenis sushi terbaik.
Menurut sumber, ketua chef restoran ini belajar membuat sushi daripada pakar sushi, Sugiyama Toshiaki.
5. Geranium
Restoran terakhir kita bawakan khas dari Denmark.
Ia dikenadilkan oleh Chef Rasmus Kofoed yang juga merupakan pemenang Boscuse d'Or 2011 di restoran Michelin bertaraf tiga bintang.
Sementara hidangan yang berada di Geranium adalah berkualiti tinggi yang mana makanan tersebut adalah berasaskan tumbuhan.
Tinggalkan Komen