Lelaki luah rasa kesal, jiran selalu simbah air ke rumah, “Dah 8 tahun hadap!”

Oleh: Shasha Zack

Jiran sepakat membawa berkat. Itulah pepatah yang menggambarkan keharmonian hidup berjiran sekiranya semua individu saling muafakat antara satu sama lain.

Lain pula halnya dengan seorang lelaki yang dibelenggu jiran dianggap 'psycho' kerana sering 'triggered' sekiranya lelaki ini membasuh kenderaan di luar rumah.

"Bila dapat jiran masuk air.."

Meluahkan rasa geramnya di Tiktok, @encikmay menceritakan kelakuan jirannya yang sering menyiram air merata-rata tanpa tujuan setiap kali dia melihat lelaki ini membasuh kenderaan.

Malahan, sikap jiran wanita ini sudah 8 tahun terpaksa dihadapi dan menjadikan kanvas berwarna oren yang disidai di pagar tengah sebagai 'perlindungan'.

"Fengsui tu.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati beberapa netizen yang menyatakan bahawa perkara tersebut ialah fengsui yang dipercayai bangsa Cina yang percaya jika jiran sebelah membasuh kenderaan, dia juga perlu membasuh untuk mengelakkan bala.

"Abang basuh motor, dia basuh rumah."

Ada juga netizen yang berseloroh jirannya itu bersepakat dengan lelaki ini untuk membasuh motor dan rumah bersama.

"Nak menyembang tu.."

Ada juga yang berpendapat jiran lelaki ini sebenarnya mahu berbual.

"Tak pernah tanya ke?.."

Ada juga netizen yang tertanya-tanya apakah sebabnya jiran lelaki tersebut berkelakuan demikian dan menyuruh lelaki ini bertanya dan cari tahu alasannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen