Tengah syok makan, pelanggan panik saluran kumbahan pecah, habis banjir satu kedai

Impian seorang gadis untuk makan malam bersama rakan di sebuah restoran berkecai selepas berdepan dengan detik hitam apabila saluran kumbahan kedai itu pecah.

Panik saluran kumbahan pecah

Detik kejadian dapat dilihat menerusi hantaran chloecloudy di laman Tiktok yang mana telah ditonton oleh lebih 1 juta pengguna aplikasi berkenaan.

 

 

Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila salah sebuah paip saluran itu pecah menyebabkan menderu laju keluar membanjiri ruang kedai.

Susulan insiden, pelanggan jadi tidak senang duduk mengenangkan keadaan restoran yang sudah dinaiki air berwarna coklat dan juga berbau.

"Mesti bau gila"

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan pelbagai respon berhubung kejadian itu kerana ianya jarang berlaku dalam kalangan mereka.

 

"Melimpah dekat lantai"

"Kesian pekerja dia"

"Kalau aku dah berhenti"

Dalam waktu sama, ada juga yang meluahkan rasa tidak sanggup jika berada di posisi pekerja kedai terbabit apabila perlu hadap kejadian malang yang tidak diundang itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen