"Adik, salah mak.." - Budak lelaki tahan nangis bila salah peluk 'mak' cuit hati netizen

Oleh: Shasha Zack

Kanak-kanak biasanya hanya akan 'mesra' dengan ibu bapa mereka sahaja. Lebih-lebih lagi jika budak tersebut bukan 'mesra orang ramai' pastinya akan menangis jika didekati oleh orang yang tak dikenali.

"Adik.. salah mak."

Itulah yang berlaku apabila seorang budak lelaki yang dilihat tersalah memeluk 'ibunya' yang sedang duduk di sebuah bangku berhampiran pantai.

Apabila ditegur oleh ibunya, dia lantas berlari mendapatkan ibu 'sebenarnya' lantas ingin menangis.

Video yang dimuat naik oleh @amirulsempoi736 di laman Tiktok itu mendapat perhatian netizen yang menyifatkan gelagat budak lelaki tersebut sebagai sesuatu yang comel.

"Anak saya selalu tersalah abah.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tertawa melihat gelagat budak tersebut yang terlampau yakin memeluk orang lain yang disangka ibunya.

Ada juga netizen yang berkongsi keletah anaknya yang selalu tersalah sangka ayahnya dan memanggil semua 'rider' Foodpanda sebagai ayah.

"Im the anak.."

Ada juga seorang 'pelaku' yang berkongsi kisah lucu apabila dia pernah tersalah sangka orang lain adalah ibunya sewaktu mahu melintas jalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen