Awas! Inilah lima spesis hidupan laut paling berbahaya

Keadaan laut itu boleh diumpamakan seperti peribahasa, jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Hal ini adalah kerana lautan boleh menjadi tempat yang paling berbahaya dengan didiami oleh lebih 230,000 makhluk yang mempunyai kepelbagaian spesis.

Walaubagaimanapun, hanya lima jenis sahaja hidupan laut berbahaya yang ingin diketengahkan iaitu:

1. Barracuda

Spesis ini amat digeruni oleh ikan dan juga manusia kerana kecekapannya menangkap mangsa dengan ledakan kelajuan ringkas sehingga 27 batu (43kph).

Barracuda mempunyai badan yang besar dan panjang berukuran 60 hingga 100 sentimeter dan mempunyai barisan gigi taring di setiap rahang yang tidak sama saiznya.

Atribut ini membolehkan mereka menghancurkan mangsanya dengan memotong menjadi kepingan sebelum menelannya.

2. Textile Cone Snail

Ia merupakan spesis siput yang hidup di dalam laut yang juga dipanggil kain emas kerana keadaan cengkerangnya yang berkilat.

Namun disebalik cengkerangnya itu, terdapat satu jarum yang boleh menyuntik mikroskopik ke dalam mangsa dan ianya beracun serta toksik.

Simptom yang diperoleh kesan daripada racun itu, mangsa akan mengalami sesak nafas dan sakit kepala, malah juga boleh membawa kepada lumpuh dan meninggal dunia.

Menurut sumber, siput jenis ini terdapat lebih 600 spesis di seluruh dunia dan ia sangat berbahaya.

3. Beaked Sea Snake

Ular Laut Berparuh mempunyai nama saintifik lain seperti ular laut hidung kail, ulat laut kerap dan ular laut Valakadyn.

Ular ini biasanya terdapat di sekitar pantai dan pulau di negara Asia Selatan yang mana racunnya adalah empat hingga lapan kali lebih beracun daripada ular tedung.

Selain aktif pada waktu siang dan malam, mereka juga boleh menyelam hingga 100 meter dan kekal tenggelam sehingga lima jam.

Walaupun nampak kecil, spesis ini mempunyai rahang yang luas dan boleh memuatkan mangsa bersaiz besar, namun mereka didapati bukan ular yang kerap menyerang manusia.

4. Titan Triggerfish

Titan Triggerfish merupakan spesis ikan yang agak agresif terhadap ikan lain, lebih-lebih lagi apabila ada yang memasuki wilayah mereka.

Ia boleh ditemui di kawasan Indo-Pasifik dan dikenali sebagai ikan yang sangat bijak kerana kebanyakan mereka banyak bertindak berdasarkan pengalaman.

 

5. Blue-ringed Octopus

Nampak comel, tapi ditegaskan untuk tidak sekali-kali menyentuhnya kerana racunnya sangat berbahaya sehingga boleh membunuh 26 manusia dalam hanya satu minit yang mana racunnya adalah 1000 kali lebih kuat dari Sianida.

Difahamkan, toksiknya mampu menyekat isyarat saraf ke seluruh badan manusia selain mengalami loya, hilang penglihatan dan lumpuh otot.

Spesis ini boleh ditemui di dasar persisir dan akan bersembunyi di celah, cengkerang dan serpihan marin.

Apabila mereka berasa terancam, seluruh badannya akan mulai kelihatan cincin biru sebagai isyarat amaran.

Menurut sumber, tiada penawar yang diketahui mampu melawan bisa dan racun haiwan berbahaya ini. 

Jadi, tidak hairanlah jika ia dikategorikan sebagai makhluk laut paling berbahaya, mana tidaknya bisa mereka boleh menyebabkan kematian.

 

Anda masih keseorangan?

1,009,875 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen