Pertama kali belajar bawa motor dengan ayah, gadis hampir terlanggar pokok

Oleh: Shasha Zack

Untuk yang baru mula belajar cara membawa motor atau kereta, pasti akan ada kenangan yang tak boleh dilupakan. Tidak kira pahit atau manis, ianya pasti akan terpahat dalam ingatan memandangkan pengalaman tersebut adalah yang pertama berlaku dalam sejarah belajar menaiki kenderaan.

Hal ini lah yang berlaku kepada seorang gadis yang mula belajar menaiki motor bersama bapanya berhampiran rumah pada waktu malam.

"Padahal nak U-turn tu tapi.."

Difahamkan, kakak gadis tersebut iaitu @leyyashkr telah memuat naik satu video di Tiktok menunjukkan adiknya yang pertama kali belajar menaiki motor namun hampir terbabas melanggar pokok sedangkan niat asalnya adalah untuk membuat pusingan U.

 

Gelagat gadis tersebut telah mencuit hati netizen di samping suara latar kakaknya yang ketawa berdekah menambah elemen kelakar dalam video ini.

"Sama macam aku masa first time bawak motor.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur malahan ada yang berkongsi kisah sama sewaktu kali pertama belajar menaiki motosikal. Dia menceritakan bahawa dia pula hampir masuk ke dalam parit namun sempat menekan brek motosikal sebelum jatuh tersembam.

"Sampai ke tua tak berani juga naik.."

Ada pula netizen yang berkongsi kisah diajar pertama kali oleh bapanya namun sehinga kini masih belum diberi keberanian untuk membawa motosikal meski sudah menjangka usia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen